TEXT LENGKAP KENYATAAN MEDIA YANG TELAH DIBUAT PADA 8HB MARCH 2017

KENYATAAN MEDIA

 MENGENAI PERHIMPUNAN RAKSAKSA YANG DILAPUR AKAN DIADAKAN OLEH PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN ISU-ISU SEMASA YANG BOLEH MENGUGAT KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA

 TUJUAN

Kami adalah veteran yang prihatin terhadap keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara; berkecuali dan tidak berpihak kepada mana mana parti politik; tidakbergabung atau berpayung dengan mana mana persatuan atau pertubuhan veteran ATM,tapi sentiasa prihatin terhadap permasalahan yang di hadapi oleh veteran pada hari ini.

Pada sidang media pagi ini, kami akan menyentuh hanya dua perkara seperti berikut:

 Pertama, komen kami mengenai rancangan mengadakan satu perhimpunan raksaksa melibatkan veteran selurah negara pada bulan Julai tahun ini seperti yang di war warkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM}, dan isu bersangkutan veteran.

 Kedua, komen kami mengenai isu-isu pembangunan yang sedang dan yang akan berlaku dalam negara yang melibatkan syarikat negara asing yang ideologinya amat bertentangan dengan ideology kita.

PERBINCANGAN

PERKARA PERTAMA –ISU  BERSANGKUTAN  PVATM

 Saya ucap terima kasih diatas respon PVATM terhadap komen saya dalam Facebook saya yang telah di viralkan mengenai perhimpunan raksaksa yang dirancang diadakan pada bulan Julai ini.

PVATM tidak boleh menafikan bahawa mereka telah membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan raksaksa pada bulan Julai ini. Pengumuman itu dibuat pada 11hb Februari lalu pada mesyuarat yang di hadiri oleh beberapa persatuan dan pertubuhan veteran ATM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat, kami sudah menyiasat kesahihan maklumat-maklumat sabelum membuat kenyataan. Perkara mengadakan himpunan raksaksa telah dipetik dari Ajenda Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Negeri Kedah yang mengadakan mesyuarat pada 14 Februari 2017. Perhimpunan raksaksa seperti ini pernah diadakan pada 10hb Okt 2010 lalu di Stadium Bukit Jalil dihadiri oleh saorang tokoh politik negara.

Kami mengesorkan supaya PVATM mengingati kembali apakah kandungan ucapan tokoh politik negara itu pada perhimpunan tersebut, bagi melihat samada ucapan tersebut berbentuk politik, atau bertujuan semata mata bagi memaklumkan sesuatu berita baik untuk veteran. Sekiranya ada berita baik, cuba lihat semula samada berita baik itu sudah di realisasikan atau tidak.

Kami katakan di sini bahawa kami tidak membantah perhimpunan yang akan di adakan oleh PVATM itu, tapi akan bantah jika kami lihat perhimpunan tersebut berunsur politik kerana ini amat bertentangnan dengan Akta Veteran 2012, yang mahukan PVATM kekal sebagai sebuah persatuan yang berkecuali politik (apolitical). Kami nak ingatkan bahawa PRU 14 sudah hampir tiba, dan tidak salah bagi sesiapa saja menzahirkan pesepsi bahawa perhimpunan ituadalah satu agenda politikbagi menunjukkan sokongan dan kesetiaan pada parti dan tokoh politik yang akan hadir pada perhimpunan itu nanti.

Tidakkah Timbalan Menteri Pertahanan baru baru ini telah memaklumkan bahawa pemerintah akan mengumuman beberapa ‘berita baik’ untuk veteran; dipercayai pada perhimpunan veteran pada bulan Julai ini. Jangan hendaknya ‘berita baik’ itu sedap dimulut saja, dan janji yang lampau pun tidak terlaksana. Kami juga dapati ahli veteran hanya di ingati apabila pilihanraya menjelma, sasudah tamat pilihan raya segala jangi menjadi “masih dalam kajian”.

Dan kami ingin bertanya, “apakah perlunya saorang tokoh politik membuat pengumuman pada perhimpunan tersebut? Apa salah sekiranya pengumuman tersebut di buat oleh Presiden PVATM sendiri?”. Jika pengumuman itu dilakukan oleh Presiden PVATM sendiri, maka sudah tentunya, tindakan beliau itu akan melihatkan imej PVATM sebagi persatuan berkecuali politik, dan kedudukan Presiden itu sendiri dilihat kukuh dan bebas dari pengaruh politik.

Sekarang terdapat lebih dari 100 persatuan veteran termasuk PVATM sendiri yang bebas berpersatuan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ramai telah menyoal apa perlunya veteran mempunyai persatuan yang begitu banyak? Bukankah lebih baik jika semua persatuan veteran dapat disatukan, dan jika disatukan, bukan kah persatuan akan menjadi lebih kuat?

Bagi kami, kesukaran mendapatkan kesatuan dikhalangan persatuan persatuan veteran adalah punca mengapa veteran selama ini berada dalam keadaan yang tidak menentu, dan segala tuntutan mereka sukar mendapat perhatian pemerintah. Tanpa kesatuan yang kukuh, selagi itulah veteran akan merasa terpinggir.Maka adalah menjadi tugas utama bagi semua persatuan bersatu jika mahukan tuntutan mereka di dengar dan di ambil tindakan oleh pehak pehak yang berwajib.

PVATM sekarang dilihat sebagai satu persatuan yang terbesar dikhalangan persatuan persatuan veteran yang lain. Tetapi status nya mengikut Akta Veteran 2012 meletakkan PVATM setaraf dengan persatuan persatuan veteran yang lain. Dalam situasi sedemikian, segala keputusan yang menyentuh hal-hal veteran yang dibuat oleh PVATM dalam mana jua persidangan adalah keputusan ‘unilateral’ dan tidak boleh diterima sebagai satu keputusan merangkumi suara semua persatuan veteran. Ini adalah satu lagi anomaly yang serius dalam persatuan veteran yang perlu di lihat dan di kaji secara holistic, sekiranya persatuan veteran mahu suara mereka didengar oleh pehak pehak berwajib.

Persatuan persatuan veteran boleh melaungkan apa saja, tapi tanpa kesatuan yang besar, kukuh dan bermaufakat, percayalah laungan itu tidak akan didengar dan diambil perhatian serius oleh pemerintah.

PERKARA KEDUA – ISU ISU KESELAMATAN, PERTAHANAN DAN KEDAULATAN NEGARA

 Tajuk mengenai keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara ini adalah perkara serius, tetapi kami ingin membawa perkara ini kemuka majlis, kerana ianya berkaitan dengan lipatan sejarah, dan tajuk ini amat membimbangankan kami dan tidak boleh dikompromikan.

Jangan kita lalai dengan apa yang berlaku di persekitaran kita sekarang, dan bilamana berlaku sesuatu, kita tidak ada sebarang jawapan bagi menangani nya. Liputan sejarah telah mengajar kita bahawa sebahgian negara kita pernah di jajah; bermula dengan Belanda, diikuti dengan Portugis, disusuli pula dengan British dan buat sekitika oleh Jepun dan British semula yang berakhir pada 31 Ogos 1957. Ini fakta, dan mereka menjajah kita pada ketika itu dengan kekuatan tentera mereka.

Kami yang prihatin ini sentiasa mengikuti perkembangan politik Negara. Apa yang sedang berlaku sekarang, khusnysnya dari perspektif keselamatan, pertahanan dan kedaulatan Negara amat mengusarkan kami. Kita perlu di ingatkan pada peranan veteran dalam perihal keselamatan dan pertahanan negara, terutama pembabitan veteran pada zaman darurat pertama, konfrontasi dan zaman darurat kedua, yang berahkir pada tahun 1989.Ramai yang terkorban, ramai yang cedera dan ramai juga yang hilang sebahgian dari tubuh anggota mereka, dan kaminak tanya pula…..”mereka ini berkorban untuk siapa dan untuk apa?” Kami ingin tegaskan bahawa kami tidak mahu lagi pengaruh dan ideoloji alien bertapak di negara ini yang berselindung disebalik pembangunan (cloak of economic pursuit). Jika dahulunya penjajah datang mengunakan kekuatan tentera mereka, tetapi di alaf baru ini, penjajah datang dengan menggunakan kekayaan dan kekuatan ekonomi mereka.

Bermula dari termeterinya Perjanjian Perletakkan Senjata diantara kerajaan dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989, maka mulalah rakyat negara ini dapat mengecapi kebebasan, keamanan dan keselamatan. Dan pihak manakah yang telah berkorban memberikan kebebasan, keamanan dan keselamatan pada negara ini? Sudah tentunya mereka mereka yang berada bersama kami hari ini, dan mereka yang sudah dahulu meninggalkan kami.

Ini yang perlu kami ingatkan kepada mesyarakat supaya tidak lalai dan lupa akan pengorbanan veteran. Kami lihat inilah yang sedang berlaku sekarang dan kami nak tanya,“dimana dan bagaimanakah kedudukan veteran sekarang?” Tidakkah pemerintah tahu bahawa bilamana saorang perajurit tamat perkhidmatanya, ramai dari mereka akan berada bawah dari paras kemiskinan. Ini satu reality dan bukan cakap kosong.

 Sekarang, lihatlah apa yang telah berlaku pada Pengkalan TUDM Sg. Besi yang mempunyai sejarahnya tersendiri, dan menjadi kenangan manis kepada ramai anggota TUDM? Kalau perkara ini terus berlaku tanpa kita melihat secara holistic terhadap implikasi nya kepada keselamatan, pertahanan dan kadaulatan negara, maka tidak hairanlah sekiranya lain lain hartanah ATM akan dijual dan menjadi milik orang lain.

Kami tidak akan menyoal sekiranya hartanah yang telah di peruntukkan kepada ATM di bangunkan untuk kepentingan rakyat sendiri. Tapi kami akan menyoal sekiranya hartanah ATM dijual sebahgian atau keseluruhan kepada negara asing ‘under the veil of economic development’, dan sekira ini berlaku, kami kuatir akan berlaku acaman keselamatan pada negara pada satu hari nanti, dan sudahkah pemerintah bersedia selamatkan negera.

Kami meminta supaya kita jangan terlalu ghairah menjual sebahgian hartanah negara kepada syarikat negara asing, terutama kepada syarikat negara asing yang pernah dalam liputan sejarah kita menjadi sekutu kepada Parti Komunis Malaya yang kami tentangani. Adakah kita semua merasa selamat dan yakin bahawa kerjasama dengan negara asing tersebut akan memberikan pulangan terbaik pada negara dan tidak mendatangkan ancaman keselamatan?

Selain dari itu, kami dimaklumkan bahawa syarikat dari negara asing yang sama diberi peluang membangunkan perlabuhan Melaka dan Kuantan atas alasan memajukan ‘commercial shipping’, dan juga keretapi laju dari pantai timur ke pantai barat dengan kos ribuan juta. Kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin politik yang memerintah, dan tersebar luas di media massa mengatakan dengan megah bahawa semua projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.Dan jika benarlah perlabuhan Melaka dan Kuantan akan di perbesarkan oleh syarikat negara asing, orang akan bertanya, (1) untuk tujuan apa di perbesarkan; (2) siapa yang akan mengawal dan mengurus projek tersebut; (3) adakah syarikat tempatan dapat bersama memajukan projek tersebut, dan lain lain pertanyaan lagi.

Tidak kah kita terfikir dengan berlakunya pembesaran perlabuhan Melaka dan Kuantan, ianya akan menjadi pemangkin kepada rebuatan kuasa bagi kuasa kuasa besar terhadap Selat Melaka dan Lautan Cina? Oleh kerana pembesaran kedua dua perlabuhan itu dilaksanakan oleh syarikat dari negara asing, tidak kah kita terfikir kemungkinan Tentera Laut negara asing tersebut boleh juga menggunakan kemudahan di kedua dua perlabuhan tersebut?

Soalan nya, dari mana dan bagaimana segala kos mega projek ini di biayai? Dan kami juga ingin tahu apakah terma terma pinjaman dan bayaran balik, kerana ini ada kesan langsung pada rakyat. Oleh kerana projek projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat dari negara asing itu tidak di bahaskan dalam parlimen, atau disebarkan pada rakyat, maka rakyat berada dalam kegelapan mengenai hal ini.

Disini, kami ingin mempersoalkan samada semua projek yang sudah atau akan diberikan kepada syarikat negara asing itu telah melalui pertimbangan keselamatan dan pertahanan negara atau tidak? Pernah kah ajensi keselamatan dan pertahanan negara, khususnya ATM dan PDRM terlibat dalam membincangkan implikasinya terhadap keselamatan dan pertahanan negara bilamana syarikat negara asing diberikan projek projek tersebut? Apakah kesan jangka pendek dan panjang terhadap keselamatan dan pertahanan bilamana syarikat negara asing yang ideologinya jauh berbeza dari kita, akan terus diberi peluang menyelanggarakan projek projek tersebut bila siap?

Dengan kebanjiran rakyat dari negara asing yang sudah pun memiliki hartanah dinegara ini dan mula bermastautin di sini, tidakkah akan berlaku pada satu ketika nanti, satu keadaan dimana negara akan menghadapi ketidak keseimbangan profil kaum dinegara ini? Apakah jaminin yang boleh diberikan oleh pemerintah bahawa ketidak keseimbangan profil kaum yang mungkin berlaku tidak akan menjejas keselamatan negara? Inilah satu persolan getir yang dirasai dikhalangan veteran.

Kami kagum dengan pembangunan yang berlaku di Forest City di Johor yang telah meletakan Johor sebagai negeri termaju dalam pembangunan hartanah berskala tinggi. Tapi, persoalan nya, siapakah dikhalangan rakyat kita yang mampu memiliki hartanah tersebut, dan siapa pula akan menjadi penghuni terbesar di kawasan tersebut? Saya tidak menyoal kebebasan pemilikan hartanah tersebut, tapi menyoal impak pemilikan hartanah tersebut selepas beberapa tahun akan datang.

Suka kami ingatkan sekali lagi bahawa negara mempunyai sejarah hitam melawan Parti Komunis Malaya (PKM) selama hampir 40 tahun yang disokong oleh sebuah negara asing yang berideologi asing dari kita. Kami difahamkan bahawa saki baki PKM masih ada diluar dan didalam negara, dan tidak kah kita mencurigai dan terfikir bahawa mereka ini boleh di resapi semula dengan idologi asing itu untuk memulakan gerakan mengancam keselamatan dan pertahanan negara? Dan jika berlaku situasi itu, adakah kita sudah benar benar bersedia?

 PENUTUP

Ahkir kata, kami ingin mengulangi bahawa Kenyataan Media ini di buat untuk, Yang Pertama, bagi memperingatkan kepada kami semua bahawa kewujudan persatuan persatuan veteran adalah bagi menjaga kepentingan kebajikan veteran dan tidak sekali kali dilihat sebagai alat kepada pemimpin dan parti politik tertentu. Sungguh pun kami semua sudah lama menaggalkan uniform kami dan kini digelar veteran, tapi kami tetap akur dan masih berpegang teguh pada ikrar kami yang dilafazkan semasa dalam perkhidmatan iaitu, TAAT SETIA KEPADA DYMM YDP AGONG SEBAGAI PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN KEPADA NEGARA.

Yang Kedua, kami ingin ingatkan kepada kita semua supaya tidak lalai dan terlalu ghairah dengan soal pembangunan bersama negara asing yang berideologi alien dari kita, dan sentiasa peka akan implikasi dan impaknya terhadap keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara bila ribuan rakyat dari negara asing mula memiliki hartanah dan bermastautin di negara ini.

Kami menjemput para hadirin sekalian berfikirlah apa akan berlaku pada cucu cicit kita 20 ke 50 tahun akan datang jika kita lalai melihat jauh terhadap apa yang akan berlaku akibat keghairahan kita membangunkan negara bersama syarikat negara asing yang berlainan ideologi dengan kita dan membiarkan mereka bermastautin buat selama lamanya dinegara kita ini.

Kami juga ingin mengingatkan tentang apa yang sudah berlaku pada beberapa negara di Afrika akibat mereka yang dahulunya terlalu ghairah mahukan pembangunan, dan menyerahkan pembiayaan dan pembangunan projek projek kepada sebuah negara asing yang sama. Kita harus juga mengambil pelajaran apa yang berlaku dan dialami oleh Sri Lanka dewasa ini.

Ahkir kata, kami veteran yang masih ada, dan lain lain yang telah tiada bersama kami ingin menegaskan bahawa kami telah berjuang selama hampir 40 tahun untuk memberikan keamanan pada negara ini, dan akibat keamanan ini lah,maka negara dapat dimajukan dengan pesat selepas tahun 1989. Maka janganlah hendaknya keselamatan, keamanan dan kedaulatan itu disiasiakan sekarang atas alasan pembangunan negara, dan dengan mudah menyerahkan pula segala projek projek kepada syarikat negara asing yang ideologi mereka amat bertentangan dengan negara kita, dan ideologi yang telah kami tentang habis habisan dulu.

Tarikh:    8hb Mac 2017

Penyampai:  Brig Jen Dato Mohd Arshad Raji (Bersara)

 

 

 

 

KEPENTINGAN RAKYAT LEBIH DIUTAMAKAN DARI PERHIMPUNAN RAKSAKSA VETERAN

Terdahulu kami telah mengeluarkan dua artikel dalam laman blog ini; artikel   pertama mengenai kegusaran kami tentang hubungan UMNO dan MCA dengan Parti Komunis China, manakala artikel kedua mengenai perhimpunan raksaksa veteran yang akan dianjurkan bersama oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dijadualkan pada penghujung bulan Julai.

Pada kedua dua artikel tersebut, kami amat mengharap respon dari PVATM/JHEV, kerana respon itu  amat penting bagi memastikan kedudukan PVATM/JHEV terhadap isu/persoalan yang dibangkitkan dalam kedua dua artikel tersebut.  Kemungkinan PVATM/JHEV terlepas pandang mengenai kedua dua artikel tersebut, atau pun tidak mahu memberi sebarang respon kerana mahu berkecuali dalam isu isu yang dibangkitkan. Itu hak mereka yang kami hormati.

Terbaru ini, kami telah mendapat maklumat bahawa perhimpunan raksaksa sekarang akan dianjurkan oleh Kementeria Pertahanan (Kementah) bersama JHEV, dan bukan lagi anjuran bersama PVATM/JHEV. Tarikh perhimpunan telah ditetapkan pada 31 Julai bertempat di Stadium Negara. Maklumat juga mengatakan bahawa setiap perserta akan menerima wang saku sebanyak RM120, dan bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur, pengangkutan akan disediakan.

Sekiranya benar Kementah dan JHEV telah mengambil alih penganjuran perhimpunan raksaksa veteran ini, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena yang telah menyebabkan pertukaran penganjuran tersebut.

Adakah PVATM merasa tertekan bilamana beberapa Persatuan Veteran lain telah menyuarakan tentangan mereka terhadap perhimpunan tersebut, atau pun merasakan tidak berkemampuan menganjurkan perhimpunan yang disebut akan menghimpunkan seramai 10,000 hingga 15,000 veteran itu. Atau adakah PVATM tidak mahu melihat persatuan mereka terpenggaruh atau dituduh menjadi kuda tunggang parti politik tertentu.

Diatas apa jua sebab dan alasan perhimpunan ini diadakan, kami rasa ianya satu perhimpunan yang membazirkan wang rakyat, kecuali sekiranya segala kos ditanggung sepenuhnya oleh parti politik tertentu.

Mengikut perkiraan kasar kami, perhimpunan ini akan menelan belanjar melebihi RM1 juta, dan bukankah ini satu pembaziran jika wang rakyat digunakan, dan bilamana negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi yang tidak menentu? Bukankah lebih elok wang tersebut dibelanjakan untuk kepentingan rakyat; umpana untuk membina rumah bagi orang termiskin, atau memperbaiki rumah orang orang termiskin yang usang seperti reban ayam itu. Bukankah ini satu tanggungjawab kerajaan yang memerintah, dan bukan mengadakan perhimpunan raksaksa yang mempunyai ajenda bagi ‘memperkasakan’ pemimpin-pemimpin politik tertentu?

Kami mengesa Kementah/JHEV batalkan saja perhimpunan raksaksa itu dan wang peruntukan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut diberikan kepada Angkatan Tentera untuk menyurah bakti pada rakyat termiskin; terutama untuk memperbaiki rumah rumah mereka yang telah usang, atau membina rumah baru untuk mereka. Bukankah ini tanggung jawab sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang perihatin terhadap pemasalahan rakyat?

KELUHAN SAORANG PEJUANG

“Saya hairan dengan manusia-manusia yang berbangsa Melayu yang beragama Islam yang sanggup masuk neraka Allah demi harta dunia yang tidak kekal mana.

Demi dunia yang tiada nilai disisi Allah, masa ada jawatan, takut pada ‘sipolan’….bukan takut pada Allah…..takut juga tak dapat dedak dari ‘sipolan’.

Kalau ‘sipolan’ kata kencing berdiri, mereka ikut. Kalau ‘sipolan’ suruh kencing berlari ikut juga.

Ada PhD pun tak guna……sebab lebih bodoh dari orang bodoh…..kesian puak-puak ini. Bila dah sakit, baru cari Allah. Nak mati dalam Islam, tapi semasa sihat hidup sama macam orang kafir.

Dah tahu salah dan haram, tapi masih sokong lagi. Orang yang bersubahat sama aje akan  masuk neraka.

Hairan!  Ada ulama, ustaz dan ustazah tapi kenapa tak mahu bagi pencerahan dan nasihat. Menteri hidup senang lenang, rakyat miskin hidup kebulur.

Fikirlah wahai manusia yang berbangsa Melayu beragana Islam…..jangan leka dengan habuan dedak yang diberi, tapi negara tergadai.

Musuh yang kita tentang selama 40 tahun, pemimpin-pemimpin sekarang memberi laluan dan jual tanah yang tak terhingga besar pada  kerajaan yang kita tentang dulu…….PARA PEJUANG DULU DILUPAKAN.

A PLEA BY THE NATION’S FIRST CHIEF OF NAVY

Ladies and Gentlemen

I am addressing my personal comments to all ex-RMN personnel. I have been following the numerous comments/remarks on the current and past occurrences in the RMN from various WhatsApp groups, and am greatly disturbed and saddened by the blanket adverse criticisms of the RMN.  I fully appreciate and understand your personal  feelings about these incidents, but may I humbly plead that you do not make sweeping statements, some of which I feel are unjustified. Furthermore, do bear in mind that whatever you write spreads from one group to another and could even go viral. I have my personal observations and comments  on just about ever thing that happens in the Navy that I feel is not right, but I air it with those in service who might be able to do something about it. I am mindful of the fact that not everyone has direct access to the top ‘scrambled eggs’ in the RMN today.

I know that the Navy is devastated by these incidents, but our scathing and sometimes vicious or harsh remarks do not help. The Navy gets demoralized by what they read from their former peers or seniors. Our intention should be to help the current Navy people and not demonise, demean and berate them.

Let me start with the fire on broad KD JEBAT. I know fires on board have happened before and we even lost a ship. But these are things the current serving personnel have to deal with. It could happen again but the Navy has to tackle it as we are no longer in service and cannot run the Navy from outside. Let us be constructive in our remarks, and I am even prepared to be the “go-between” to convey your concerns on the top echelon of the Navy. Can we please refrain from washing our dirty linen in public? Once I saw a RMNOA piece in a civilian WhatsApp group, let alone RAFOC

On the Officer Cadet’s tortured death at UPMN, it is solely under the jurisdiction of the National Defence University. Please do not merge it with all the other recent happenings. As for the ex-KD RAHMAT, it was handed over to the state government of Perak. It is now the State’s responsibility. CN has already discussed it with the MB and action is anticipated.

Ladies and gentlemen, I do have feelings too because I inherited the problems KD RAHMAT presented until she arrived in Malaysia under my watch in 1973. I am also sad to see her in such a state. I have noticed some good comments or proposals for her future, and I sincerely hope that the State with the Navy’s advice will do the right thing. We should be proud and not sad.

I beg you all not to misunderstand my intent. Everyone has freedom of speech. What I am trying to put across is the damage to the image of the Navy if your harsh comments go viral.

Finally, let us all together try and help the Navy we love improve and make us all feel proud.

“SEDIA BERKORBAN”

 

Laksda Tan Sri K. Thanabalasingam (Retired)

 

SIJIL PENDAFTARAN – PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN

PPM-005-14-22052017
MALAYSIA
AKTA PERTUBUHAN 1966
PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984
BORANG 3
(Peraturan 5)
SIJIL PENDAFTARAN
Adalah diperakui bahawa
PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN
NO. 1 JALAN DUTAMAS SEROJA 3 TAMAN SEGAMBUT SPPK
51200
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7
Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah
PPM-005-14-22052017
Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada
22 haribulan Mei 2017
(DATO’ MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH)
Pendaftar Pertubuhan,
Malaysia
JPPM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN (PPM – 005-14-2205201)

PERLEMBAGAAN BAGI  PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN

 FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN

Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

(2) Takrif Nama :

“PATRIOT” adalah nama sengkatan atau gelarlan kepada Persatuan Patriot Negara, dan bagi maksud perlembagaan ini perkataan PATRIOT dan Persatuan mempunyai makna yang sama.

“bekas Pasukan Keselamatan” bermaksud mereka yang telah dan pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tetera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“bekas Pegawai-pegawai Pasukan Keselamatan Malaysia” adalah terdiri dari mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia yang menyandang pangkat leftenan Muda atau setaraf hingga ke pangkat Jeneral atau setaraf, atau mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia yang menyandang pangkat Inspektor Polis Percubaan yang di gazzetkan hingga ke pangkat Inspektor Jeneral Polis yang di gazzetkan.

“bekas lain-lain pangkat Pasukan Keselamatan Malaysia”adalah terdiri dari mereka yang pernah dan telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia atau dengan Polis DiRaja Malaysia yang menyandang pangkat selain dari yang di maksudkan oleh istilah “bekas Pegawai-pegawai Pasukan Keselamatan Malaysia”.

“bekas persara kakitangan perkhidmatan awam” adalah mereka yang telah dan pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan; perkhidmatan awam am Persekutuan; perkhidmatan awam negeri-negeri di Malaysia; dan perkhidmatan pendidikan di Malaysia.

(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
  2. 1 JALAN DUTAMAS SEROJA 3 TAMAN SEGAMBUT SPPK

51200 KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

  1. 1 JALAN DUTAMAS SEROJA 3 TAMAN SEGAMBUT SPPK

51200 KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

  1. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

  1. Mengujudkan semangat cinta pada Negara kepada rakyat Malaysia.
  2. Membantu Pemerintah dan Rakyat dalam hal-hal keamanan, keselamatan dan pertahanan Negara jika buah fikiran dan tenaga PATRIOT diperlukan.
  3. Memperjuangkan untuk mempertahankan kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan Negara setiasa berkekalan menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  4. Menjadi kumpulan pendesak sekiranya mana-mana dasar pemerintah; atau tindakan mana-mana pihak berkuasa tertentu dalam negara; atau mana-mana pertubuhan atau kumpulan tertentu dari dalam atau luar negara; atau mana-mana individu dari dalam atau luar negara akan menjejaskan keselamatan dan pertahanan Negara dan rakyat Malaysia amnya.
  5. Memantau kepatuhan rakyat, organisasi dan pemerintah terhadap Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Negara, ketaatan kepada system demokrasi raja berparlimen dan amalan konsep Rukun Negara. Bagi memenuhi tujuan ini PATRIOT akan bertindak sewajarnya mengikut undang-undang Negara supaya pihak berwajib, oraganisasi atau individu berkaitan termaklum dan bertindak sewajarnya.
  6. Membuat kerja-kerja amal untuk membantu mangsa bencana alam dan bencana perang bagi Rakyat Malaysia dan Rakyat luar Negara mengikut kemampuan dan keperluan keadaan.
  7. Memperjuangkan hal-hal kebajikan bekas-bekas Pasukan Keselamatan Negara termasuk isteri/suami, balu-balu, dan keluarga yang masih dalam tanggongan mereka yang berumur 25 tahun kebawah. PATRIOT juga akan memperjuangkan hal-hal kebajikan ahli-ahli bersekutunya yang bukan dari bekas Pasukan Keselamatan Negara.
  8. Mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; hak keistimewaan Melayu dan bumiputra; bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan agama Islam sebagai agama resmi Malaysia.

FASAL 4 KEAHLIAN

  1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
  2. Ahli Biasa
  3. Kewarganegaraan : Malaysia
  4. Umur Minima : 30 tahun

iii.Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Malaysia dan seluruh dunia

  1. Keturunan/Bangsa : Semua keturunan, suku dan bangsa
  2. Jantina : lelaki dan perempuan
  3. Agama : Semua agama dan kepercayaan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia

vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli biasa hendaklah terdiri dari bekas Pegawaipegawai Pasukan Keselamatan Malaysia, yang tidak mempunyai rekod jenayah didalam atau di luar Negara semasa atau selepas berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan Malaysia.

viii.Hak Untuk Mengundi dan Memegang Jawatan AJK Induk: Ahli Biasa berhak untuk di pilih/dilantik bagi menjawat jawatan ahli jawatankuasa induk menurut peraturan perlembagaan persatuan ini.

  1. Ahli Bersekutu
  2. Kewarganegaraan : Malaysia
  3. Umur Minima : 30 tahun

iii.Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Malaysia dan seluruh dunia

  1. Keturunan/Bangsa : Semua keturunan, suku dan bangsa
  2. Jantina : lelaki dan perempuan
  3. vi. Agama : Semua agama dan kepercayaan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia

vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli bersekutu hendaklah terdiri dari bekas lain-lain pangkat Pasukan Keselamatan Malaysia dan bekas persara kakitangan awam yang tidak mempunyai rekod jenayah didalam atau di luar Negara semasa atau selepas berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan Malaysia atau perkhidmatan awam berkenaan.

viii.Hak Untuk Mengundi dan Memegang Jawatan: Ahli bersekutu tidak berhak untuk di pilih/dilantik bagi menjawat mana-mana jawatan ahli jawatankuasa induk. Walaubagaimanapun ahli bersekutu akan menikmati hak-hak lain seperti ahli biasa dan boleh dilantik menjadi ketua atau ahli jawatan kuasa kecil di bawah ahli-ahli jawatankauasa induk yang berkenaan selepas di persetujui oleh mesyuarat Ahli Jawatan kuasa induk.

  1. Ahli Kehormat
  2. Ahli Kehormat adalah orang perseorangan yang di lantik oleh Ahli Jawatan Kuasa dari masa ke semasa untuk tempoh satu (1), Tiga (3) atau lima (5) tahun dan jika perkhidmatannya masih di perlukan boleh di sambungkan mengikut jangkamasa yang di peruntukan.
  3. Ahli kehormat tidak boleh mengundi atau memegang sebarang jawatan dalam persatuan tetapi boleh memberi pandangan dan cadangan jika perlu.

iii. Ahli kehormat di kecualikan dari membayar yuran.

  1. Ahli kerhormat berhak menikmati keistimewaan seperti ahli biasa.
  2. Ahli Seumur Hidup
  3. Ahli seumur hidup adalah ahli biasa atau ahli bersekutu yang membayar yuran sekali gus mengikut kadar yang di tetapkan dalam perlembagaan untuk seumur hidup.
  4. Ahli Gabungan
  5. Ahli gabungan adalah ahli dari persatuan lain yang bergabung untuk tujuan bersama mengikut projek atau perjuangan tertentu yang di pimpin oleh PATRIOT. Keahlian ini akan terbubar dengan sendiri apabila projek atau perjuangan berkenaan tamat atau AJK persatuan mengistiharkan pergabungan tersebut telah tamat.
  6. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
  7. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik PATRIOT boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

  1. Bayaran masuk : RM 5.00 (Ringgit Malaysia LimaSahaja)
  2. Yuran Tahunan : RM 12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja)
  3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
  4. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 100.00
  5. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) Tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hakhak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  6. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli PATRIOT dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  7. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  8. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.
  9. Sumbangan: Persatuan bolih menerima sumbangan dari bentuk kewangan atau barangan bagi kegunaan persatuan dari:
  10. Kerajaan
  11. Swasta
  12. Orang Perseorangan
  13. Pertubuhan tempatan atau luar negara bagi projek-projek tertentu yang di iktirafkan oleh pihak berkuasa.
  14. Semua sumbangan hendaklah di rekodkan sebagai harta persatuan dan tidak kepada individu.
  15. Kegiatan Ekonomi: Persatuan hanya boleh membuat kegiatan ekonomi untuk ahli ahli sahaja. Persatuan boleh juga menubuhkan Koperasi jika di persetujui oleh Mesyuarat Agong.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

  1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahliahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
  4. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti persatuan yang lalu;
  5. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
  6. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
  7. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  8. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
  9. Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:
  10. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
  11. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
  12. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  13. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  14. Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  15. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

Seorang Presiden

Seorang Timbalan Presiden (Jika Presiden yang dipilih adalah bekas pegawai Pegawai AngkatanTentera Malaysia, Timbalan hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)

Dua (2) orang Naib Presiden (seorang dari Bekas Pegawai AngkatanTentera Malaysia dan seorang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan)

Seorang Setiausaha

Seorang Penolong Setiausaha (Jika Setiausaha yang dipilih adalah bekas pegawai Pegawai AngkatanTentera Malaysia, Penolongnya hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)

Seorang Bendahari

Seorang Penolong Bendahari (Jika Bendahari yang dipilih adalah bekas pegawai Pegawai AngkatanTentera Malaysia, Penolongnya hendaklah dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan dan sebaliknya)

Lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Biasa (Empat (4) orang dari Bekas Pegawai AngkatanTentera Malaysia dan empat (4) orang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan)

Dua (2) orang perwakilan dari setiap negeri di Malaysia. (seorang dari Bekas Pegawai AngkatanTentera Malaysia dan seorang lagi dari bekas Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang di gazzetkan)

  1. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
  2. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula tidak melebihi tiga (3) penggal.
  3. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
  4. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
  5. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
  6. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
  7. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
  8. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
  9. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
  10. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  11. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
  12. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
  13. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Persatuan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, gerangeran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
  2. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Persatuan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.
  4. Naib-Naib Presiden hendaklah menjalankan dua kerja-kerja kajian, mengumpul maklumat dari wakil-wakil negeri dan membuat tafsiran mengenai salah satu dari perkara-perkara berikut:
  5. Keselamatan dan Pertahanan Negara dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; atau
  6. Keselamatan dan Keamanan Negara dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  7. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  8. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
  9. Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
  10. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya dari masa kesemasa.
  11. Wakil-Wakil Negeri hendaklah menjalankan kerja-kerja yang di arahkan oleh naibnaib Presiden berkenaan dari masa kesemasa.

FASAL 10 KEWANGAN

  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuantujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Persatuan.
  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Persatuan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari.
  5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.
  6. Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1hb Januari.

FASAL 11 JURUAUDIT

  1. Dua (2) orang ahli Persatuan yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua(2) tahun boleh dilantik semula.
  2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Persatuan bagi setiap tahun kewangan berakhir. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Persatuan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH

  1. Segala harta tidak alih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan Persatuan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Persatuan.
  2. Harta tidak alih Persatuan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

  1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkaraperkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
  3. Ahli Jawatankuasa Induk boleh dari semasa ke semasa membuat peraturanperaturan tatatertib persatuan dan undang-undang kecil atau peraturan pindaan yang difikirkan perlu bagi Jawatankuasa-jawatankuasa yang di tubuhkan dari masa ke semasa selagi ianya tidak bertentangan atau selaras dengan perlembagaan ini.
  4. Undang-undang kecil atau peraturan pindaan itu boleh dari semasa ke semasa dipinda atau dibatalkan dengan syarat notis pembatalan atau pindaan itu di hantar kepada Jawatankuasajawatankuasa berkenaan 30 hari sebelum pindaan atau pembatalan itu boleh berkuatkuasa dan dalam tempoh itu bolehlah Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan jika dikehendaki, membuat apa-apa pembatalan kepada Setiausaha.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG

  1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

  1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis Persatuan.
  2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
  3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
  4. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
  5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Persatuan bagi mencapai matlamat Persatuan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana mana ahli atau pekerja Persatuan.
  6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

  1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

  1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
  2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
  3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

  1. Bendera – Keterangan
  2. Lambang

Keterangan bendera Malaysia dan perkataan Patriot menunjukkan semangat cintakan negara

dan sanggup berkorban untuknya

  1. Lencana – Keterangan

PERHIMPUNAN RAKSAKSA PVATM/JHEV SOKONG PM NAJIB?

Kami telah mendapat maklumat bahawa PVATM dengan kerjasama JHEV akan mengadakan perhimpunan raksaksa, dijadualkan pada 31 Julai 2017 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Proses menjejaki dan mendaftar veteran disetiap pelusuk negara untuk hadir ke perhimpunan tersebut dilaksanakan oleh pejabat pejabat PVATM/JHEV disemua negeri. PVATM/JHEV menjangkakan seramai 10,000 hingga 15,000 veteran dapat dihimpunkan, dan setiap perserta yang hadir akan diberi wang saku sebanyak RM120. Kos pengangkutan dan minuman semasa perhimpunan ditanggung olih pihak penganjur. Penyiadiaan tempat penginapan bagi kumpulan yang datang luar dari kawasan Kuala Lumpur tidak dinyatakan. Ini bererti, semua perserta akan balik selepas selesai perhimpunan.

Kami juga mendapat maklumat bahawa tujuan utama perhimpunan diadakan adalah bagi menunjuk sokongan pada PM Najib, yang umum mengetahui popularity beliau dikhalangan rakyat tidaklah begitu baik. Umum juga mengetahui bahawa PM Najib kini terpalit dengan berbagai masalah berikutan skandal 1MDB, dan ‘kegilaan’ beliau untuk berbelanja mewah, termasuk keluarganya. Sungguh pun berbagai berita tersiar (luar dan dalam negara) mengenai perbuatan salahlaku PM Najib yang tidak menyenangkan rakyat dan negara, tapi beliau ‘dilindungi’ olih beberapa institusi/jabatan penyiasatan negara dari dakwaan.

PVATM yang bermegah dengan bilangan ahli yang ramai, iaitu dalam jangkaan 300,000, yakin dapat menghimpunkan veteran dalam bilangan yang besar. Keyakinan mereka itu berlandaskan pada berita yang kononnya PM Najib akan membuat beberapa pengumuman yang akan mengembirakan veteran, iaitu mengenai isu pencen dan elaun bagi persara. Jika berita ini benar, maka kami melihat tindakan PM Najib bermotifkan politik semata mata bagi meraih sokongan veteran terhadap kepimpinannya yang semakin lesu dan sudah hilang sokongan dan keyakinan rakyat.

Seperkara lagi yang perlu dibincangkan ialah satu kenyataan yang dibuat olih Timbalan Presiden PVATM beberapa hari yang lepas, seperti yang dilapurkan iaitu, “veteran harus berpegang pada prinsip bahawa veteran sentiasa taat setia pada kerajaan sedia ada”. Kami rasa Timbalan Presiden PVATM jahil tentang kandungan dan maksud ‘Ikrar Taat Setia’ perajurit (bermaksud lain lain pangkat dan pegawai) yang dibaca bilamana perajurit mula memasuki perkhidmatan ketenteraan. Ingin kami jelaskan bahawa tidak terdapat pada text ikrar tersebut  yang memberi pengertian bahawa perajurit  dikehendaki ‘sentiasa taat setia kepada kerajaan sedia ada’ sungguh pun sudah bersara. Apa yang terkandung dalam text ikrar tersebut ialah ‘sentiasa taat setia pada Raja dan negara’, dan  sudah menjadi kelaziman bilamana bersara, ramai yang masih berpegang pada ikrar mereka itu…..ini satu kenyataan. Pada hemat kami, kenyataan Timbalan Presiden PVATM itu  mengelirukan dan ternyata memutarbelitkan faktar.

PVATM mungkin sedar atau buat buat tak sedar bahawa Timbalan Presiden PVATM itu adalah saorang ahli UMNO yang aktif berpolitik. Kami mendapat maklumat bahawa beliau pernah bertanding sebagai calon BN pada PRU13 dikawasan DUN Kuala Langat, dan telah kalah kepada calon PKR. Tindakan beliau ini jelas melanggar Perlembagaan Persatuan veteran yang melarang mana mana ahli aktif berpolitik, lebih lagi pada mana mana ahli yang memegang jawatan tinggi dalam persatuan veteran. Sekiranya benar Timbalan Presiden PVATM itu masih aktif berpolitik, kemungkinan beliau menggunakan kedudukan tinggi dalam persatuan untuk kepentingan politik peribadinya tidak boleh disangkal. Begitu juga, sebagai ahli parti pemerintah, kemungkinan juga beliau telah melakukan sesuatu tindakan/perbuatan bagi memajukan kepentingan parti politiknya.

Dengan ini, Persatuan Patriot Kebangsaan mendesak PVATM/JHEV memberikan jawapan kepada persoalan seperti berikut:

  1. Adakah benar perhimpunan raksaksa yang dijadualkan berlangsung pada 31 Julai 2017 bertujuan menunjukkan sokongan pada PM Najib?
  2. Adakah benar bahawa setiap perserta akan menerima wang saku sebanyak RM120?
  3. Jika benar, perhimpunan tersebut berjaya mengimpunkan 10,000 hingga 15,000 perserta, maka anggaran perbelanjaan yang perlu disediakan adalah sebanyak RM1.8 juta. Dari mana pula datangnya peruntukan RM1.8 juta itu? Jika peruntukan itu dari JHEV, maka itu sudah menjadi kesalahan kerana segala peruntukan pada JHEV adalah untuk kebajikan veteran semata mata, dan bukan untuk membayar perserta yang hadir untuk perhimpunan.
  4. Mengadakan siasatan terhadap Timbalan Presiden PVATM bagi mengenalpasti samada beliau masih aktif berpolitik dan masih memegang jawatan dalam parti politiknya. Sekiranya beliau masih aktif berpolitik dan memegang jawatan dalam partinya, maka Persatuan Patriot Kebangsaan mendesak PVATM arahkan beliau letak jawatan yang disendangnya dalam persatuan.

PVATM/JHEV dikehendaki memberikan jawapan pada semua soalan diatas melalui emel kepada ppkpatriot@gmail.com dengan segera.

 

VETERAN TENTANG IDEOLGY KOMUNISME

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERARAKAN SEPERJUANGAN,

SEKARANG SUDAH JELAS UMNO DAN MCA MENJALIN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN PARTY COMMUNIST CHINA, TANPA MEMIKIRKAN PENGORBANAN VETERAN SEMASA DARURAT DAN FASA INSURGENCY  MENENTANG KOMUNIS BERSENJATA YANG BERKIBLATKAN PARTY COMMUNIST CHINA. MEREKA MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN VETERAN. RIBUAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN KITA TERKORBAN DAN RIBUAN LAGI CACAT ANGGOTA BERKEKALAN AKIBAT MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA. TINDAKAN UMNO DAN MCA INI TELAH MENGHINAKAN VETERAN DAN LANGSUNG TIDAK AMBIL PEDULI JASA- JASA VETERAN. TANPA PENGORBANAAN KITA MEREKA TIDAK AKAN BERADA DITEMPAT SEKARANG.

PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULA YANG KONONYA MEMELIHARA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA VETERAN LANGSUNG SENYAP TIDAK BERANI MUNCUL UNTUK MENASIHATI DAN MEMPROTES KEPADA KERAJAAN PERBUATAN DAN TINDAKAN MEREKA MENSIA SIAKAN PERJUANGAN VETERAN. KEPIMPINAN PVATM GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA MEMPERTAHANAN DAN MENGAWAL MARUAH DAN PERASAAN WARGA VETERAN. SEBALIKNYA PERKASA (PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA) YANG BERSUNGGUH SUNGGUH MEMPERTAHANKAN ANGGOTA VETERAN.

ANEHNYA PEMIMPIN PVATM SEKARANG SIBOK MENGATUR PERHIMPUNAN RAKSAKSA PADA 29 JULY 2017 MENERIMA PRESIDENT UMNO UNTUK MENYOKONG KEPIMPINAN MEREKA. KONONYA ADA BERITA PENTING UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA VETERAN. VETERAN SELALU SAHAJA DIPERMAINKAN KERANA DARI SEJARAH, PEMIMPIN HANYA MENGINGATI VETERAN EMPAT TAHUN SEKALI MENJELANG PILIHAN RAYA KERANA MAHU MERAIH UNDI!

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN WARGA VETERAN SERTA KELUARGA VETERAN DI SIA SIAKAN TETAPI UNTUK MENGHADAPI PILIHAN RAYA VETERAN DIGULA GULAKAN DENGAN PERHIMPUNAN INI.

WAHAI RAKAN SEPERJUANGAN WARGA VETERAN, HARUS FIKIRKAN KITA HANYA TAAT SETIA KEPADA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI SUPREME COMMANDER DAN TIDAK PADA PARTY POLITIK YANG MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN KITA. MARILAH KITA MEMPROTEST TINDAKAN BARISAN NASIONAL ITU DENGAN MELAKSANAKAN DUA TANGGUNGJAWAB:

  1. SATU. MEMIKIRKAN SEMULA APA PERLUNYA BERHIMPUN DI STADIUM MELAWATI PADA 29 JULAI 2017.
  2. DUA.BERSAMA KITA PERLIHATKAN PROTES KITA DALAM PRU 14 TERHADAP PARTI PARTI YANG MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PARTY COMMUNIS CHINA YANG MEMBAWA MAKSUD MENGKHIANATI PERJUANGAN ATM TERUTAMA VETERAN. UNDILAH PARTY YANG TIDAK MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN KITA SEMASA PRU 14.

DUA TANGGUNGJAWAB INI MUNGKIN BOLIH MENGOBATI SEPARUH DARI KESEDIHAN KITA. AAMMEEN.

TERIMA KASIH. SAYA AMAT SEDIH PERJUANGAN SAYA MENENTANG KOMUNIS BERSENJATA DAN IDEOLOGY KOMUNIS DARI FEBRUARI 1967 HINGGA 1984 TIDAK DI IKTIRAF KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

PANTANG UNDUR

LT COL ABDUL RASHID OMAR (B)

PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN TETAP SETIA PADA RAJA DAN NEGARA

Apa yang menjadi penyebab mengapa UMNO, MCA dan kerajaan pimpinan Najib masih berdiam diri terhadap bantahan beberapa NGO dan Persatuan Veteran ATM yang mahukan kedua dua parti BN itu memutuskan hubungan parti mereka dengan Parti Komunis China (PKC).

Baru baru ini sebuah Persatuan Veteran ATM di utara semenanjung telah membuat lapuran polis yang mendesak supaya pihak polis menjalankan siasatan keatas UMNO dan MCA, bagi mengenalpasti samada hubungan kedua dua parti BN tersebut dengan PKC  melanggar undang undang negara sedia ada yang mengharamkan  mana mana pihak; persatuan, pertubuhan atau NGO menjalin hubungan dengan persatuan, pertubuhan atau NGO yang berunsurkan ideology komunisme.

Pernah satu ketika dahulu, iaitu pada zaman Darurat Pertama Malaya dan ketika kebangkitan semula ancaman PKM selepas peristiwa 13 Mei, 1969, negara telah mengharamkan PKM, dan dengan pengharaman tersebut, maka semua kaitan dengan komunisme turut di haramkan, kecuali hubungan diplomatik negara dengan kerajaan China.

Perlu diingat ketika  negara menentang ancaman komunis PKM yang berlautan hampir 40 tahun lamanya, PKM telah mendapat sokongan dari PKC. Rakyat kini mungkin telah lupa (atau buat buat lupa) akan pengorbanan veteran ATM dan PDRM dalam perjuangan menentang PKM selama 40 tahun itu yang berahkir dengan kemenangan bagi pihak negara dan rakyat pada tahun 1989. Jadi tidak salah bagi kami mengatakan bahawa mereka yang lahir selepas tahun 1989 memang jahil tenteng pengorbanan veteran ATM dan PDRM, tetapi gulungan ini perlu di ingatkan bahawa ancaman komunisme sentiasa segar untuk meresapi mereka mereka yang jahil akan perjuangan PKC yang berfahaman komunisme.

Dengan adanya hubungan UMNO dan MCA dengan PKC, maka boleh lah di katakan bahawa pintu kemasukkan ideology komunisme sudah luas terbuka, untuk sedia mempengaruhi minda anak muda negara ini kepada fahaman komunisme.  Dan tidak kah ini akan  menjadi ancaman yang akan memudharatkan  negara? Dan apakah kebaikan dan kepentingan yang akan di perolihi oleh UMNO dan MCA dalam hubungan mereka dengan PKC? Dan adakah UMNO dan MCA anggap bahawa ideology komunisme tajaan PKC itu baik untuk negara yang boleh menghasilkan kemajuan?

Yang menjadi persoalan besar pada veteran sekarang ialah – (1) Adakah pihak ATM dan PDRM merestui tindakan UMNO dan MCA itu?  (2) Tidakkah ada satu penyelidikan/kajian menyeluruh dibuat olih ajensi keselamatan dan perisikan negara yang boleh menjamin bahawa negara dan rakyat selamat dari pengaruh komunisme tajaan PKC? (3) Adakah dengan hubungan UMNO dan MCA dengan PKC, maka pengharaman kerajaan terhadap PKM dahulu, dan apa apa jua bentuk fahaman komunisme di negara ini sudah di tarikbalik dan dihalalkan? (4) Dan jika DAP (yang dikatakan oleh UMNO sebagai parti berfahaman kiri) mahukan debu mayat Chin Peng di semadikan di kampung kelahirannya di Perak, boleh kah permintaan ini di luluskan oleh kerajaan? (5) Dan sanggupkah UMNO dan MCA membuat permohonan yang sama, dan sanggupkah kerajaan meluluskannya?

Di atas kesedaran Persatuan Patriot Kebangsaan yang sependirian pendapat dengan pihak pihak yang telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap tindakan UMNO dan MCA itu, maka Persatuan Patriot Kebangsaan akan turut membuat laporan polis dalam waktu terdekat ini.

Veteran ATM dan PDRM tetap akan taat setia pada Raja dan Negara, dan tidak sekali kali membenarkan ideology komunisme menular kedalam masyarakat negara ini.

PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – MENGAPA KAMU TAK BERSUARA?

Tempoh hari veteran veteran ATM telah di gegarkan dengan berita bahawa MCA, iaitu rakan sekutu dalam Barisan National telah menjalin hubungan parti ke parti dengan Communist Party of China (CPC). Tindakan ini telah mendapat bantahan dari NGO Perkasa, dan beberapa Persatuan Veteran ATM telah membuat laporan polis mengenai hal ini terhadap MCA. Continue reading “PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – MENGAPA KAMU TAK BERSUARA?”