WAWANCARA JON CHANNEL PADA 28 DISEMBER 2018 BERSAMA YB KHALID SAMAD

 

  1. TERDAPAT BANYAK PERSATUAN VETERAN YANG TELAH DITUBUHKAN. APAKAH YANG MENDORONG DATUK MENUBUHKAN SATU LAGI PERSATUAN VETERAN?

Jawapan.

  1. Memang benar, sekarang dah ada hampir 118 persatuan veteran yang telah berdaftar dibawah JHEV dan persatuan-persatuan ini tertakluk kepada Akta Veteran 2012.
  2. Tapi, terlebih dahulu saya mahu lenyapkan persepsi bahawa Persatuan Patriot Kebangsaan ialah satu persatuan veteran. Kami bukan persatuan veteran dalam ertikata sebenarnya, sungguh pun yang menerajui persatuan terdiri dari veteran tentera dan polis.
  3. Yang mendorong kami menubuhkan persatuan ini adalah setelah melihat kepincangan yang berlaku pada negara sekarang, dan kami sebagai veteran pasukan keselamatan yang telah berperanan memberikan keamanan pada negara ini, tidak sanggup berdiam diri lagi dan membenarkan kepimpinan negara terus melakukan apa saja yang boleh mengangacam keselamatan dan keharmonian negara dan rakyat.

APAKAH YANG ISTIMEWA MENGENAI PERTUBUHAN INI BERBANDING DENGAN PERSATUAN VETERAN LAIN DI NEGARA INI?

Jawapan.

  1.  Sepertimana yang telah saya katakan tadi, Persatuan Patriot Kebangsaan bukan satu persatuan veteran dalam ertikata sebenarnya.
  2. Kami tidak berdaftar dibawah JHEV, tapi berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Oleh itu kami tidak tertakluk kepada Akta Veteran 2012 yang melarang persatuan-persatuan mereka dari bercakap perkara-perkara politik, keagamaan, bangsa dan sebagainya.
  3. Oleh kerana kami berdaftar dibawah ROS, maka kami mempunyai kebebasan bersuara seperti yang disebut di Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (Freedom of Speech, Assembly and Association).
  4. Kami juga tidak boleh berdaftar dibawah JHEV kerana keahlian kami terdiri dari veteran tentera dan polis dan juga rakyat jelata yang mahu mengenali diri mereka sebagai Patriot.
  5. Kami lebih suka dikenali sebagai NGO seperti NGO-NGO lain yang cinta pada negara.
  6. Persatuan kami mempunyai 13 objective yang banyak memberi penekanan kepada keselamatan negara, keharmonian dan kesatuan rakyat berbilang kaum, taat setia pada Raja Raja, mematuhi Perlembagaan Persekutuan, dan apajua yang boleh menyatukan rakyat berbilang kaum itu. Isu kepentingan veteran pasukan keselamatan adalah satu objective kami.

PATRIOT DILIHAT SEPERTI MENUNGKAH ARUS KERANA TIDAK MENJADI KAKI AMPU, SEPERTI BEBERAPA NGO VETERAN LAIN, YANG BIASANYA DINAUNGI PEMIMPIN UMNO. MENGAPA PATRIOT MEMILIH JALAN ITU?

Jawapan.

  1. Kami bukan menungkah arus. Jika sesuatu perkara itu kami dapati tidak betul, kami menegur. Sebagai contoh, kami menegur dalam hal berhubung Ops Lalang dimana Tun Mahathir dipersalahkan sepenuhnya. Kami mempertahankan tindakan polis terhadap peristewa Ops Lalang kerana kami juga tahu sekiranya polis tidak bertindak, huru hara akan berlaku, dan tindakan mengistiharkan Ops Lalang dibuat oleh Tun Mahathir setelah menerima nasihat dari pihak polis. Jadi bagi menyalahkan Tun Mahathir semata mata adalah tidak tepat.
  2. Isu kedua adalah bilamana kami menegur penarikan keselamatan peribadi polis dari Tun Mahathir. Adakah teguran kami itu salah? Kami mempertahankan keselamatan saorang hamba Allah yang sudah berusia 92 tahun yang telah banyak berbakti pada Negara, dan pada usia lanjut itu masih mahu berbakti menyelamatkan negara. Adakah itu salah?
  3. Oleh kerana terlalu banyak isu yang kami mahu menegur, kami dilihat sebagai penyokong parti pembangkang.
  4. Kami bukan berpihak kepada mana mana parti politik dan kami non partisan.
  5. Kami cinta pada negara ini, dan selagi kita tidak dapat menyatukan rakyat berbilang kaum ini, selagi itulah keharmonian negara tidak akan tercapai. Kita akan lihat unsur perkauman diapi apikan, dan isu ini juga telah kami tegur. Malangnya teguran kami ini telah disalah tafsirkan, dan kami pula dituduh memainkan isu perkauman.
  6. Persatuan kami hanya berumur 7 bulan dan kami sudah pun mengeluarkan sebanyak 23 kenyataan akbar. Syukur Alhumdullilah, kenyataan akbar kami telah mendapat liputan dan sokongan yang luas. Sudah tentunya tentangan juga tidak kurangnya, dan ini tidak sedikit pun melemahkan semangat kami untuk terus bersuara demi kepentingan negara.
  7. Kami tidak hiraukan sangat mana mana NGO yang dinaungi pemimpin UMNO, kerana mereka juga boleh bersuara seperti kami. Tapi yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Itu dia prinsip kami.

BERALIH KEPADA POLITIK, SEJAUH MANAKAH KESEDARAN TENTERA SENDIRI MENGENAI SISTEM POLITIK BERPARTI DI NEGARA INI? MISALNYA – ADAKAH TENTERA TAHU HAK-HAK DEMOKRASI MEREKA?

Jawapan

1  Rakyat tidak boleh beranggapan bahawa tentera, samada yang masih berkhidmat atau veteran seperti kami ini buta terhadap system politik berparti di negara ini. Kami mengikuti perkembangan politik negara ini, berlebih lagi dalam era kemajuan IT sekarang. Media arus perdana dibawah kawalan parti memerintah tidak boleh berkata bahawa mereka boleh mengawal minda tentera. Sosial media sekarang memainkan peranan besar dalam mengawal dan mempergaruh minda tentera.

  1. Memang benar, ketika tentera yang masih berkhidmat mereka dilarang berpolitik dan ini tertulis dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera. Tapi mereka tidak dilarang berbincang mengenai hal-hal politik sesama sendiri secara private. Saya percaya perintah ini dibuat semata mata bagi mengelakkan berbalahan atas sebab berpolitik. Setiakawan adalah sesuatu yang penting dalam tentera, dan berpolitik sudah tentunya akan memecahbelahkan semangat setiakawan itu.
  2. Hak-hak demokrasi dikhalangan anggota tentera sudah tentunya diketahuai oleh mereka, tapi saorang tentera yang berkhidmat juga dikawal dengan beberapa peraturan yang rigid, umpamanya – tak boleh berpersatuan, tak boleh membuat tunjuk perasaan atau berdemo, tak boleh menghilang diri dari bertugas dan sebagainya. Inilah dia yang membezakan tugas saorang tentera dengan tugas saorang awam.
  3. Sebagai saorang tentera, mereka tertakluk kepada dua udang-undang, iaitu undang-undang tentera dan undang-undang awam.

DALAM SATU KENYATAAN PADA 19 DISEMBER LALU DATUK BERKATA: “Terdapatnya ‘little Napoleons’ di Kementerian Pertahanan, iaitu penjawat awam yang mempunyai kuasa membuat dasar berkaitan dengan kenaikan dan menguatkuasakan peraturan tidak bertulis dan sistem kuota mengenai orang bukan Melayu.”

  • DATUK MENDAKWA ‘LITTLE NAPOLEONS’ INI TURUT MENJADI PUNCA PEGAWAI TAHAP ‘MEDIOCRE’ DINAIKKAN PANGKAT.
  • SOALAN: ADAKAH PERBUATAN MEREKA ITU DIDORONG OLEH SIKAP PERKAUMAN, ATAU SEMATA-MATA UNTUK MEMPERTAHANKAN STATUS QUO PIMPINAN UMNO TERTENTU?

Jawapan.

 

  1. Ini satu soalan yang agak sensitive bagi saya menjawab secara terbuka kerana kemungkinan keadaan sudah berbeza sekarang, berbanding dari masa saya berkhidmat dulu. Dan isu ini jika mahu difahami dengan betul, memerlukan satu sesi yang panjang.
  2. Pengurusan Angkatan Tentera dikawal oleh satu peraturan dan garis panduan yang teratur, dan ini terkandung dalam Perlembangaan Persekutuan Perkara 137 dimana aspek Pemerintahan, Pentadbiran dan Tatatertib, kecuali hal hal operasi ATM hendaklah dibuat oleh MAT dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.
  3. Perlu juga di ingatkan bahawa mengikut Perkara 41 Perlembangaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi ATM dan Yang Di Pertuan Agong menguatkuasakan perintahnya melalui MAT. Hal-hal bersangkutan operasi di bincang diperingat Jawatankuasa Panglima Panglima, dan kuasa operasi ATM tidak ada langsung pada mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri atau mana-mana penjawat awam. Ini yang kerap kita dengar, dimana Menteri atau Timbalan Menteri bercakap saolah-olah di Pemerintah Tertinggi ATM. Sebagai contoh baru baru ini saorang Menteri telah berkata bahawa ATM sudah bersedia menghantar tentera ke Jeruselam. Ini satu kenyataan yang amat bahaya dan tidak boleh keluar dari mulut saorang Menteri. Ini juga akan memberi erti bahawa dia lebih berkuasa dari Yang Di Pertuan Agong.
  4. Saya lihat kuasa MAT itu sendiri tidak lagi dipatuhi mengikut kehendak Perlembagaan. Sebagai contoh, MAT sepertimana yang telah saya katakan tadi bertanggungjawab terhadap Pemerintahan, Pentadbiran dan Tatatertib ATM. Ini termasuk hal-hal seperti syarat-syarat pekhidmatan, recruitment, kenaikkan pangkat, peraturan dan penentuan gaji dan pencen dan hal-hal pemerintahan dan pentadbiran lain.
  5. Banyak urusan MAT ini sekarang ditentukan oleh ajensi lain, terutamanya Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengikut Perlembagaan Persekutan, tidak ada hak mencampuri urusan pemerintahan dan pentadbiran ATM. Ini yang saya maksudkan ‘Little Napolean’ itu.

 

  1. NIAT BAIK DATUK ITU UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM KENAIKAN PANGKAT ATM TELAH DIMANIPULASI OLEH UMNO UNTUK MENGECAM PATRIOT SEPERTI KENYATAAN Menteri PERTAHANAN BARU-BARU INI.
  • “Ini sesuatu yang kita akan nampak dengan lebih kerap bila dekat dengan pilihan raya – politik perpecahan, kebencian, kaum dan agama.” dipetik Free Malaysia Today, 21 Disember.

Jawapan

 

  1. Saya percaya Menteri itu tidak membaca sepenuhnya text kenyataan saya itu. Saya tidak sekali-kali menganjurkan politik perpecahan, kebencian kaum dan agama dikalangan anggota ATM. Malahan saya menganjurkan kesatuan dikalangan semua kaum dalam ATM. Saya percaya ini saja yang boleh menghidupkan semangat setiakawan dikalangan kaum dalam ATM, dan mengalakkan menyertaan bukan Melayu kedalam ATM. Ini juga menjadi objektif terpenting persatuan kami.
  2. Bagi saya ini satu kenyataan yang hanya akan memburukkan nama baik persatuan kami, dan jika dilihat dari komen umum terhadap kenyataan Menteri itu, dia harus tahu bahawa dia telah membuat satu kenyataan yang salah.

 

  1. SOALAN: BOLEH DATUK KOMEN DALAM KONTEKS TINDAK-TANDUK PRESIDEN UMNO VS PENGERUSI PAKATAN HARAPAN.

I do not want to answer this question because I will be seen as to be favoring one against another.

 

  1. ADAKAH PAKATAN HARAPAN RASIS DAN MENJURUS KEPADA PERPECAHAN KAUM, SEDANGKAN SEPERTI DILIHAT DALAM UCAPAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BARU-BARU INI JELAS UMNO MEMAINKAN ISU PERKAUMAN?

Jawapan

 

  1. Bagi saya racism tidak ada tempat dalam negara yang majmuk seperti Malaysia ini. Selagi kita tidak boleh menghapuskan sikap racism itu, selagi itu lah rakyat tidak dapat disatukan dengan semangat yang benar-benar patriotic, cinta pada negara, dan taat setia kepada raja-raja. Rukun Negara itu hanya akan menjadi sebutan semasa Hari Kemerdekaan saja, dan ertinya kosong.
  2. Saya tidak mahu menyebut parti mana yang lebih rasis, kerana umum mengetahuinya. Kita akan lihat, semakin dekat PRU nanti semakin banyak slogan-slogan rasis akan didendagkan.
  3. APAKAH RANCANGAN PATRIOT SETERUSNYA UNTUK MENJELASKAN KEPADA RAKYAT, KHUSUSNYA TENTERA (SAMA ADA YANG SEDANG BERKHIDMAT ATAU PESARA) BAHAWA KERAJAAN DAN PARTI POLITIK ITU BERBEZA. BAHAWA MENUKAR PARTI POLITIK BUKAN BERMAKNA MENJATUHKAN PEMERINTAHAN NEGARA.

Jawapan

 

  1. Ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita mengubah fahaman dan pemikiran rakyat dan termasuk anggota tentera. 60 tahun negara di perintah oleh satu parti politik, dan itu telah tersemat dalam pemikiran rakyat bahawa itu saja parti politik yang boleh memerintah negara ini. Ini akan di exploitasikan oleh parti politik yang memerintah.
  2. Syukurlah, kita sekarang dah ada dua negeri yang diperintah oleh parti politik yang bukan dari parti memerintah. Kejayaan kedua dua negeri ini mesti di exploitasikan. Saya ingin mengingatkan satu ungkapan dalam bahasa Inggeris……Do not rest on your laurels
  3. Di pihak kami, kami akan terus menyebarkan kenyataan kami bagi memperingatkan kepada tentera bahawa pertukaran kerajaan itu satu process biasa dalam system kerajaan demokrasi dengan rakyat mengunakan kuasa undi mereka. Kita tidak mahu pertukaran kerajaan secara militant.

 

  1. PADA PENDAPAT DATUK, ADAKAH TINDAK-TANDUK UMNO INI MANIFESTASI DARIPADA TERLALU LAMA MENJADI PEMERINTAH SEHINGGA TAKUT KEHILANGAN KUASA DAN MENJADI RAKYAT BIASA?

Jawapan

 

  1. Saya rasa ini satu perkara yang biasa dan sudah menjadi lumrah manusia. Sebagai contoh, jikalau sasaorang itu kaya, sudah tentu dia tidak sanggup menjadi orang miskin. Malahan dia akan berusaha untuk menjadi lebih kaya, dengan apa cara sekali pun.
  2. Terlalu lama sebagai parti yang memerintah juga ada banyak kelemahan nya, dan kelemahan itu akan terbongkar dengan sendirinya.
  3. Terlalu lama berkuasa akan menyebabkan kita menjadi arrogant dengan tidak kita sedar. Kuasa juga mendedahkan sasaorang itu kepada berbagai salahlaku, seperti rasuah, salah gunakuasa dan sebagainya. Dan ini lah yang dapat kita lihat berlaku sekarang.
  4. Dan bilamana mereka mula terlibat dengan rasuah dan salahgunakuasa, maka sudah tentu mereka akan takut hilang kuasa.
  5. Apa yang kami harapkan pada PRU akan datang ini supaya calon yang di pilih oleh PH benar benar orang yang beramanah, dan setiap mereka mesti membuat declaration of asset mereka dan di pamirkan pada rakyat. Ini satu cara yang akan meyakinkan rakyat untuk mengundi calon yang benar benar bersih.

 

  1. APA PANDANGAN DATUK MENGENAI USAHA JABATAN KEHAKIMAN AMERIKA SYARIKAT MENGENAI SIASATAN TERHADAP 1MDB? PIHAK BARISAN NASIONAL DAN PAS KATA IA CAMPUR TANGAN ASING. JIKA IA CAMPUR TANGAN ASING SUDAH TENTU MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA.

Jawapan

  1. Bagi saya, kenyataan BN dan PAS itu tidak masuk akal saya. DOJ menyiasat oleh kerana satu kesalahan terhadap system kewangan negara mereka telah di salahlakukan dan dicemari. Kebetulan wang itu dari 1MDB yang berasal dari Malaysia. DOJ menyiasat apakah kesalahan yang berlaku pada system kewangan dalam negeri mereka dan bukan kesalahan yang berlaku di Malaysia.
  2. Disini, dimana pula yang di katakan campur tangan asing yang menjejas keselamatan negara.
  3. Bagi saya siasatan DOJ itu bagus kerana ia dapat membantu kita melakukan siasatan sendiri, kerana wang itu berasal dari sini.
  4. Bilamana lima buah negara lain telah menyiasat dan mendapati ada berlaku jenayah pengubalan wang, bolehkah kita kata mereka juga mahu campur tangan dalam urusan negara kita?
  5. Kalau betul mereka mahu campur tangan, mengapa tidak kita buat satu kenyataan dan disebarkan keseluruh dunia mengatakan bahawa semua hasil siasatan mereka itu satu pembohongan semata mata?
  6. BAGAIMANA CARANYA PATRIOT BOLEH MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEYAKINKAN RAKYAT BAHAWA SIASATAN TERHADAP RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA INI PERLU DIBUAT DI MALAYSIA?

Jawapan

 

  1. Kami perlu berhati hati bilamana membuat sesuatu kenyataan, terutama sekali ynag melibatkan rasuah dan salahgunakuasa. Kami perlukan substantive evidence dan bukan evidence yang samar samar.
  2. Apa yang kami boleh buat adalah bagi menggunakan berita yang sudah diketahui umum. Kami tidak ada kumpulan penyiasat yang boleh memberikan kami berita yang lebih jelas mengenai sesuatu kes itu.
  3. Saya percaya, lebih ramai orang melaporkan berita mengenai rasuah dan salahgunakuasa, itu lebih baik dan boleh meyakinan rakyat. Contoh nya ialah mengenai 1MDB. Saya rasa ramai rakyat sudah mempercayai bahawa 1MDB itu satu skim untuk mencuri dan penipu.

 

  1. RAKYAT YANG CELIK POLITIK NAMPAK BAHAWA TINDAK-TANDUK UMNO INI BUKAN KERANA MEREKA SAYANGKAN BANGSA MELAYU, TETAPI LEBIH KEPADA KEPENTINGAN PARTI DAN INDIVIDU, TIDAKKAH AHLI ATM MELIHAT GEJALA BURUK INI?

Jawapan

 

  1. Saya tidak berani mengatakan bahawa seluruh ATM telah sedar bahawa tindak tanduk UMNO merugikan bangsa Melayu, dan lebih kepada kepentingan parti dan individu.
  2. Tapi saya rasa kesedaran seumpama itu sudah mula di rasai, terutama dengan berlakunya lambakan projek yang di berikan kepada negara Cina, dan samada ianya satu projek itu satu loan atau investment. Ini juga sudah menjadi pertanyaan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Diam sendiri. Memang ada kerisauan dalam hal ini.
  3. Jelas parti memerintah tidak mahu berterus terang pada rakyat mengenai semua projek yang diberikan kepada negara Cina.
  4. Kami sudah pun membuat kenyataan mengenai hal ini, dan memberikan kekuatiran kami terhadap keselamatan dan pertahanan negara….terutama sekali dalam projek membesarkan perlabuhan Kuantan dan Melaka. Saya lebih kuatir bilamana agensi agensi keselamatan, pertahanan dan perisikan negara hanya berdiam diri.

 

  1. UNTUK MENJADI NEGARA MAJU, KITA HARUS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KITA PERLU BEKERJASAMA MEMBINA NEGARA INI DENGAN KAUM-KAUM LAIN. MENGAPA INI SUKAR DITERIMA OLEH PIHAK TERTENTU – KHUSUSNYA PIHAK TENTERA?

Jawapan

 

  1. Saya amat bersetuju dengan soalan ini bahawa rakyat berbilang kaum harus berkerjasama membina negara. Inilah yang patut dianjurkan sejak kita merdeka lagi, dan saya percaya negara tidak akan jadi begini, jika semua kaum berkerjasama sejak dari dulu lagi.
  2. Mana mungkin kita boleh berjaya jika setiap kaum buat hal masing masing.
  3. Saya boleh katakan disini bahawa ATM boleh dijadikan model perpaduan dan kerjasama tanpa memikirkan kaum dan warna kulit. Saya kata demikian kerana saya pernah memimpin anggota dari berbagai kaum, dan saya juga pernah dipimpin oleh kaum lain. Saorang anggota tentera patuh pada ketuanya, tidak kira warna kulitnya. Yang menjadi penyatuan disini adalah dispilin.

 

  1. APAKAH NASIHAT PATRIOT KEPADA GABUNGAN PARTI PAKATAN HARAPAN?

Jawapan

  1. Untuk bergabung tentukan ada sesuatu yang boleh dijadikan common interest yang mengatasi kepentingan parti. Jika memenangi PRU bagi menjatuhkan UMNO menjadi common interest, segala tumpuan hendak lah terhadap common interest itu.
  2. Jangan sekali kali merebut kerusi. Kenal pasti siapa calon yang popular yang boleh memberi kemenagan. Jangan pilih calon parachute. Buktikan pada pengundi bahawa calon ini bijak, mempunyai sifat kepimpinan, mesra rakyat dan yang penting sekali takut pada tuhan.
  3. Manifesto mesti realistic dan boleh di tunaikan. Manifesto itu mesti berorientasikan rakyat.

Leave a Reply