BAHASA MENCERMINKAN AKHLAK, PERADABAN DAN KEPERIBADIAN DIRI

Perdebatan rakyat terhadap ungkapan yang dianggap kurang sopan dan biadap telah banyak dibicarakan di Media Sosial, Face Book, WhatsApp, Twitter dan berbagai lagi. Ungkapan yang dimaksudkan, malangnya telah digunakan oleh segelintir pemimpin politik negara sendiri. Sebagai contoh, ungkapan seperti ‘kepala bapak kamu’ telah diungkap oleh saorang pemimpin negara pada satu majlis parti politik,  dan disambut dengan sorakan gembira dari para hadirin, seolah-olah  merestui ungkapan yang kurang sopan dan biadap tersebut.

Terdahulu dari itu, pemimpin negara yang sama pernah juga mengungkap kata-kata yang boleh juga dianggap kurang sopan dan biadap dihadapan khalayak ramai, seperti perkataan ‘haramjadah’, ‘bangsat’ dan ‘stupid (bodoh)’.

Beberapa minggu lalu saorang Ketua Pemuda UMNO telah menggunakan perkataan ‘sial’ kepada pemandu teksi dan ini telah membangkitkan kemarahan oleh Persatuan Pemandu Teksi yang mendesak Ketua Pemuda UMNO berkenaan memohan maaf terhadap kelanjuran nya menggunakan ungkapan yang kurang sopan dan biadap itu.

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) amat kesal dan tidak bersetuju dengan ungkapan bahasa sedemkian, lebih-lebih lagi jika ungkapan itu dibuat oleh saorang yang bergelar pemimpin negara yang berbangsa Melayu. Sepanjang hidup saya, belum pernah lagi saya mendengar mana mana pemimpin negara, iaitu bermula dari Perdana Menteri pertama hingga Perdana Menteri kelima mengeluarkan kata kata kesat, kurang sopan dan biadap dihadapan khalayak ramai.

Tidakkah pemimpin tersebut mempunyai perasaan segan dan malu mengeluarkan kata kata sedemikian dikhalayak ramai? Tidakkah perbuatan nya itu hanya merendahkan kedudukan nya sebagai saorang pemimpin, dan mempunyai keperibadian yang rendah nilai dan bahasanya? Tidakkah perbuatan nya itu mencerminkan bahawa dianya tidak mendapat didikkan yang betul? Ini adalah beberapa soalan yang bermain pada pemikiran rakyat, pabila sesaorang yang bergelar pemimpin negara merasakan bahawa kuasa yang ada pada dirinya itu melayakkan dia mengeluarkan apa saja bahasa yang difikirkan sedap pada hati dan mulutnya.

Tidak lama sebelum ini seringkali kita terdengar kata-kata berunsur hasutan yang disebut oleh pemimpin politik dan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan), seperti ‘mandikan dengan darah Cina’, ‘balik Tongsan dan balik India’, dan ‘kaum pendatang’. Sungguh pun kata-kata yang bercorak hasutan ini berlaku lebih dari satu tahun yang lalu dan tidak terdengar baru-baru ini lagi, perbuatan dan kelakuan seperti ini tidak harus berulang untuk selamanya. Walaubagaimana panasnya debat isu, yang penting mestilah dedebat dengan hujah-hujah yang wajar dan perpendidikan.

Selain daripada kelakuan pemimpin politik dan NGO yang tidak menunjukkan teladan yang baik, dewasa ini seringkali terdengar orang biasa mengunakan kata-kata tidak bersopan yang boleh timbulkan kesan negatif antara etnik di negara ini. Contohnya seperti ‘Cina babi’, kaki botol’ dan ‘keling’. Kelakuan seperti ini menonjolkan masyarakat kita tidak hidup dalam suasana harmoni, bahkan terbenam diminda masing-masing perasaan benci dengki.

Patriot ingin menyeru dengan sarat kasih saying pada pertiwi dan segala anak bangsa, kepada sesiapa saja yang mahu diri mereka dikenali sebagai pemimpin supaya menghalusi bahasa yang akan diungkapkan, terutama dalam majlis-majlis dan sebagainya. Setinggi mana kuasa yang ada pada sesaorang itu, pabila ianya tidak pandai menjaga mulutnya, maka kuasa yang ada pada nya itu tidak memberikan apa-apa erti. Ingatlah bahawa bahasa yang keluar dari mulut saorang itu mencerminkan ketinggian ahklak, peradaban dan keperibadian dirinya.

Marilah kita para pemimpin negara dan pertubuhan, dan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk membina semula negara kita, melangkah dengan revolusi mental kearah tahun 2108.

Patriot

 

 

Leave a Reply