USIR KELUAR SEMUA PESALAH DARI NEGARA CHINA YANG TERLIBAT DALAM SERANGAN KEATAS PIHAK POLIS

 

Kejadian serangan oleh satu kumpulan rakyat negara CHina keatas pihak polis yang melakukan pemeriksaan keatas sebuah rumah yang disyaki menjalani akitiviti perjudian haram, telah belaku pada malam Sabtu , 11hb November 2017. Kejadian ini berlaku di Jalan Abraham, off Jalan Khoo Teik Ee, Kuala Lumpur. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri. Dipercayai seramai 200 orang rakyat negara China menduduki beberapa buah rumah dikawasan berlakunya kejadian serangan itu.

Ini merupakan kejadian pertama melibatkan perkerja rakyat negara China dengan polis yang pada jangkaan kami boleh mencetuskan ketegangan keselamatan dalam negara. Perkerja rakyat negara China dikatakan telah memasuki ke-negara ini dalam bilangan yang besar, dan sudah pun berada di beberapa buah negeri ditempat projek yang diusahakan oleh mereka sedang berjalan.

Umum tahu bahawa projek usaha syarikat negara China yang bernilai jutaan ringgit sedang belaku di negeri Johor, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur. Projek-projek ini  memerlukan ribuan tenaga kerja yang kesemuanya didatangkan dari negara China. Berikutan ini, adakah rakyat setempat mendapat peluang untuk berkerja dalam projek-projek ini?

Persatuan Patriot Kebangsaan memandang serius terhadap kejadian serangan keatas polis oleh rakyat negara China, dan mendesak pihak yang terlibat bertindak dengan sekeras-kerasnya terhadap semua pesalah dengan mengusir keluar mereka dari negara ini. Ini harus dilakukan dengan sertamerta. Kami tidak nampak satu kenyataan tegas dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang sangat serius ini. Perbuatan rakyat negara China ini melampaui batas  dan memberi kesan negative terhadap martabat negara ini.

Kerajaan harus ingat juga bahawa selain dari perkerja dari negara China, terdapat juga perkerja dari negara Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar dan Nepal yang bilangan mereka sudah menjangkau jutaan banyaknya. Sekiranya kerajaan tidak menunjukkan ketegasan dalam menangani kejadian rusuhan seperti yang lakukan oleh rakyat negara China, kemungkinan kejadian yang sama boleh juga dilakukan oleh perkerja rakyat negara lain yang ada dinegara ini.

Kerajaan perlu berhati-hati, ada  berkemungkinan antara para pekerja China yang didatangkan ke negara ini sudah telatih dalam ilmu ketenteraan. Jika ini didapati benar, tidakkah mereka ini pada satu hari nanti boleh menjadi ancaman pada keselamatan negara ini? Kami mendesak kerajaan supaya jangan sekali kali mengambil ringin terhadap tanggapan kami ini, malah harus proaktif dan menyiasat sama ada tanggapan kami ini benar atau tidak. Keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromikan; malahan mesti dipertahankan oleh rakyat yang cintakan negara pada sebilang masa.

Persatuan Patriot Kebangsaan ini menjemput para anggota mesyarakat supaya melihat pasukan polis negara dari kancah mata yang positif. Dalam kejadian ini, anggota  polis telah menunjukkan sikap keberanian mereka. Mereka telah mengadaikan nyawanya apabila berhadapan dengan kumpulan orang-orang asing itu. Keberanian ini patut dipuji dan dikenang oleh mesyarakat. Banyak anggota polis yang lain telah memerangi pelbagai jenayah demi menjaga keamanan negara. Mereka juga menghalang kemasukan pendatang haram dan menjaga lalu lintas di bandar-bandar besar. Semasa darurat pada tahun 1970an, anggota polis telibat dalam operasi menentang komunis. Anggota-anggota pasukan polis, seperti anggota-anggota pasukan tentera, banyak berjasa kepada negara.

 

BRIG JEN DATO MOHD ARSHAD RAJI (Bersara)

PRESIDEN

PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN

(PPM-005-14-22052017)

 

 

Leave a Reply