JAWAPAN BALAS KEPADA KENYATAAN JAMAL YUNOS SEPERTI YANG TERSIAR DALAM SINAR HARIAN

Beberapa hari lalu, Sinar Harian telah memuatkan satu artikel mengenai kenyataan Jamal Yunos terhadap surat terbuka kami kepada Pengerusi Kelab Veteran Komando Wilayah Persekutuan, yang menggesa supaya anugerah Ahli Kehormat Kelab Komando Wilayah Persekutuan ditarik balik dari Jamal Yunos. Surat terbuka kami telah dimuatnaik dalam FB ini pada 12 Oktober lalu.

Alasan penarikan balik anugerah tersebut dibuat atas dasar bahawa tindakan  Jamal Yunos dalam protesnya pemecah beberapa crate beer dihadapan pintu masuk utama ke Pejabat Kerajaan Negeri Selangor adalah keterlaluan, dan telah mencemar nama baik Kelab Veteran Komando khasnya dan veteran Angkatan Tentera Malaysia amnya.   Terdahulu dari insiden ini, Jamal Yunos juga telah melakukan berberapa protes yang lain hinggakan beliau telah menerima berbagai nama jolokan. Perlu saya ingatkan bahawa Jamal Yunos juga saorang bergelar Dato Seri dan Dato, dan saya rasa belum pernah dalam sejarah negara ini, saorang bergelar sedemikian melakukan tindakan seperti yang dilakukan olih Jamal Yunos.

Dalam kenyataan beliau pada Sinar Harian, beliau mengatakan bahawa kami, “tidak memahami dengan lebih mendalam isu berhubung pesta arak di Selangor yang mengundang isu sensitiviti terhadap umat Islam”. Beliau juga mengatakan bahawa tindakkan beliau itu adalah, “sebagai satu gimik bagi menyatakan bantahan penganjuran pesta arak”. Beliau juga mahukan kami menyatakan pendirian kami mengenai Pesta Arak ini.

Ingin kami nyatakan bahawa kami membawa isu ini semata mata bagi menjaga nama baik Kelab Komando Veteran, dan anugerah yang diberikan itu perlulah dijaga dengan baik dan terhormat. Begitu juga dengan gelaran Dato Seri dan Dato yang telah dianugerahkan olih Sultan Pahang.

Kami ingin ingatkan pada Jamal Yunos bahawa Sultan Johor adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Komando, dan saya percaya Sultan Johor yang juga telah mengikuti latihan komando di Amerika Syarikat, dan kami yakin baginda tidak akan berkenan dengan tindakan Jamal Yunos itu.

Sekiranya Jamal Yunos tidak pemegang anugerah Ahli Kehormat Kelab Komando, kami tidak akan memperdulikan tindakan Jamal Yunos itu.

Mengenai pendirian kami berhubung Pesta Arak, kami berpendirian bahawa pesta ini boleh diadakan tetapi dikawal dan meletakan beberapa syarat kepada pihak yang menganjur acara, dan satu dari syaratnya adalah dengan tidak membenarkan orang Melayu menyertai acara ini. Kalau tempat perjudian terbesar dinegara ini, iaitu Genting Highlands bolih melarang orang Melayu dari memasuki tempat perjudian itu, mengapa pula kita tidak bolih melarang orang Melayu menyertai Pesta Arak ini.

Kami tidak melarang Jamal Yunos melakukan protes, tapi lakukan lah dengan penuh tertib, beradab dan bijaksana demi menjaga gelaran yang ada pada dirinya itu, dan keharmonian kaum negara ini.

Patriot

Leave a Reply