UMNO HARUS AWASI TEGURAN TMJ

Saya percaya ramai telah membaca artikel oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), yang sudah tersebar luas di media maya mengenai berbagai isu dalam negara yang mengaitkan rakyat. Setelah membaca artikel tersebut beberapa kali, saya dapat kenal dan rasa bahawa TMJ benar-benar tersentuh jiwa dan perasaannya mengenai apa yang sedang berlaku dinegara ini;  seolah-olah turut merasai apa yang sedang dirasakan oleh raykat jelata itu sendiri.

Sememangnya, TMJ adalah anak raja luar biasa yang sanggup mendekati hati dan jiwanya bersama rakyat. Sifat peribadi TMJ ini sudah tentu amat berbeza sekali dengan sifat sebahgian pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin mereka. Bilamana TMJ mula menyuarakan isu-isu rakyat, maka itu membuktikan bahawa pemimpin yang dipilih oleh rakyat sudah jauh tersarar dari tugas dan tanggung jawab mereka pada rakyat. Dalam kata lain, mereka lebih mementingkan diri,  seperti mengejar kekayaan, sombong, kurang ajar dan mengharapkan rakyat menghormati mereka.

Mengapakah pemimpin, terutamnya pemimpin dari parti pemerintah bersifat sedemikian? Saya rasa sifat sedemikian dikalangan pemimpin  berlaku disebabkan parti yang memerintah sudah terlalu lama memegang tapuk pemerintahan, dan oleh itu mereka merasakan bahawa negara hak mutlak mereka dan rakyat sebagai hampas yang boleh disepak terajang. Dengar sajalah kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin dari parti pemerintah sekarang dan gaya mereka melayani soalan dari rakyat.

Saya percaya pada teguran TMJ terhadap pemimpin negara sekarang, dan tidakkah mereka takut pada kuasa yang ada pada TMJ yang boleh mengubah corak dan sandaran rakyat, terutama rakyat  Johor terhadap parti pemerintah? Pada pemimpin UMNO di Johor terutamanya, teguran TMJ itu mesti diambil serius jika UMNO yang lahir di bumi Johor masih mahu kekal hidup.

Saya tertarik dengan satu kenyataan yang dibuat oleh saorang pemimpin UMNO dari negeri Selangor yang mengatakan bahawa, “UMNO lahir di Istana Johor, manakala parti pembangkang lahir di jalanan”. Berbagai komen telah disuarakan oleh rakyat biasa mengenai kenyataan itu, dan komen saya pula adalah, “jika UMNO dilahirkan dalam Istana Johor, sudah tentu pemimpin UMNO bukan dari gulungan yang tidak bertamdun. Mereka tidak akan melakukan perbuatan seperti mencuri dan merompak wang rakyat, salahgunakuasa dan menipu.” Inilah yang rakyat perhatikan berlaku dikalangan pemimpin UMNO sekarang, dan oleh itu mereka wajib ditolak sebagai pemimpin bagi menghormati kesucian Istana Johor dimana UMNO dilahirkan.

Selain dari itu, ada pula satu lagi kenyataan yang dibuat oleh saorang pemimpin UMNO dari Kluang, Johor yang pada pandangan saya boleh menyebabkan dia jatuh syirik jika benar dia berkata sedemikian. Kenyataan nya adalah, “UMNO adalah denyut nadi nyawa kepada orang Melayu. Seandainya terhenti denyut nadi, maka hilangnya UMNO. Maka akan mati lenyaplah Melayu dimuka bumi ini”  Persoalan saya, siapa yang menghidup dan mematikan sesatu bangsa  atau sesaorang itu? UMNO and Allah SWT?

Fikir fikirkan lah

Patriot

Leave a Reply