KEJADIAN RUSUHAN PADA SESI ‘NOTHING TO HIDE 2.0’ DI SHAH ALAM

Kejadian rusuhan yang berlaku pada petang 13 Ogos 2017 pada sesi ‘Nothing To Hide 2.0’ bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Komplek Belia dan Kebudayaan, Shah Alam adalah satu petanda bahawa negara ini sudah berada pada satu tahap dimana rakyat tidak lagi boleh berfikir secara lojik dan menerima perbahasan terbuka yang lazim diterima oleh negara negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Politik ‘ala ganas’ telah meresapi rakyat, terutama gulung Melayu muda bawah tajaan  parti politik memerintah yang semakin takut dengan kebangkitan rakyat terhadap salahlaku dan amalan rasuah yang sudah tidak terkawal lagi oleh pemimpin pemimpin parti memerintah berkenaan. Minda anak muda Melayu sudah dirancuni dengan sikap kebencian pada parti pembangkang yang hanya mahu berhujah bagi menegakkan kebenaran terhadap segala kerakusan, kemungkaran dan salahlaku  pemimpin parti memerintah yang sudah pun jelas akan membawa negara kearah kehancuran.

Anak muda Melayu tajaan parti memerintah itu sudah tidak lagi ada perasaan hormat pada orang tua, dan buktinya amat jelas bilamana anak muda Melayu yang merusuh itu mahu mencederakan Tun Mahathir. Tidakkah mereka kenal siapa Tun Mahathir itu? Tidakkah mereka mempunyai perasaan kasih sayang terhadap saorang negarawan yang telah banyak berjasa dan berkhidmat pada negara? Tidakkah mereka mempunyai didikan agama yang melarang anak muda bersikap biadap pada orang tua? Bangsa dan agama apa yang mereka anuti?

Kepada semua pemimpin parti memerintah, saya ingin memberi ingatan dan bertanya pada kamu sekelian.  Tidakkah negara kini dikenali sebagai negara kedua paling korup didunia ini? Adakah pemimpin parti kamu buta, pekak dan hanyu mampu membisu terhadap rompakkan wang rakyat yang dilakukan oleh pemimpin agong kamu tanpa merasa bersalah? Apa pula anutan agama dan bangsa pemimpin  parti kamu itu? Biarlah saya katakan pada kamu semua  bahawa kamu boleh menipu, mencuri wang rakyat  dan menggunakan segala kuasa yang ada pada kamu bagi melindungi dan menutup semua kesalahan pemimpin kamu, tapi tidakkah kamu sedar bahawa kamu akan berhadapan dengan pencipta kamu untuk disoal? Tidakkah kamu takuk apa yang akan berlaku pada kamu didalam kubur nati?

Orang kata rasuah itu lebih buruk dari memakan babi, tapi rasuah tetap juga kamu lakukan tanpa segan silu. Dahlah kamu mencuri dan merasuah, lepas itu berlagak sombong dengan menunjuk nunjuk kemewahan kamu pada khalayak ramai.  Bukan kah ini semua perbuatan orang yang sudah pun diharamjadahkan oleh pemimpin kamu? Lepas diharamjadahkan, kamu sanggup cium tangan nya pula. Mana dia maruah kamu?

Diatas apa yang telah terjadi petang kemarin pada sesi ‘Nothing To Hide’ di Shah Alam,  saya desak pempinan veteran Angkatan Tentera  bersuara memberikan pendirian mereka.  Mahukah kamu semua bersuara atau kamu masih kekal berpeluk tubuh dan kata bahawa kejadian rusuhan itu tidak ada kena mengena dengan kami? Atau adakah kamu akan bersuara bilamana Tun Mahathir sudah dicederakan? Dimana yang dikatakan kamu wira bangsa dan agama kamu?

Sekarang kita tunggu saja apa akan berlaku pada perusuh anak muda Melayu yang sudah ditahan polis. Saya percaya ramai lagi yang terlibat merusuh dan apa yang penting adalah bagi mengenalpasti siapa sebenar dalang dibelakang kejadian itu. Jangan pula penganjur sesi di siasat dan dipersalahkan, manakala yang merusuh diberi pelepasan dan disanjung pula sebagai perjuang bangsa dan negara. Bagi saya, sekira ini berlaku, maka saya kata bahawa ini semua kerja orang gila.

Dan jangan pula pemerintah jadikan kejadian ini sebagai alasan untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Negara yang baru saja diluluskan. Jika ini berlaku, saya katakan bahawa negara sudah menjadi negara polis (Police State) dan kebebasan rakyat disekat.

Patriot

 

 

 

 

Leave a Reply