BUDAYA CIUM TANGAN PAK MENTERI

Budaya cium tangan pemimpin pemimpin politik sudah menjadi tabiat yang sukar dibendung lagi. Persoalan nya sekarang, adakah perbuatan ini sudah menjadi budaya Melayu?

Setahu saya, budaya cium tangan memang diajar sejak kanak kanak lagi, iaitu  mencium tangan ayah dan bonda, saudara saudara terdekat serta mereka yang jauh lebih tua dari kita. Budaya ini  terus diajar pada anak anak serta cucu cucu kita. Saya tidak hairan jika ada kanak kanak yang menghampiri saya dan terus mencium tangan saya sebagai satu penghormatan pada saya sebagai orang tua. Begitu juga, saya sebagai orang yang sudah pun dewasa akan mencium tangan ibu dan ayah saya, serta saudara saudara terdekat yang jauh lebih tua saya. Perbuatan sebegini bagi saya bukanlah satu perbuatan yang anih dan ganjil.

Yang menjadi anih dan ganjil adalah bilamana saya melihat gambar saorang Pegawai Kanan Polis dengan lengkap beruniform mencium tangan orang politik, terutamanya tangan Pak Menteri. Adakah ini yang diajar semasa latihan di Pusat Latihan Polis dahulu? Sebagai saorang Pegawai Kanan Polis, tidakkah kamu hanya merendahkan diri kamu, seolah olah kamu itu adalah saorang hamba pada Pak Menteri tersebut? Dimana letaknya status kamu sebagai saorang Pegawai Kanan Polis?

Saya tidak hairan jika amalan cium tangan pemimpin politik dilakukan sesama sendiri dikalangan orang orang politik, kerana saya anggap itu satu perbuatan ‘cari makan’, terutama dikalangan ahli politik peringkat rendah. Saya juga melihat cara ciuman itu berbeza beza, jika ciuman itu dilakukan pada pemimpin tertinggi. Ada yang melakukan nya seolah olah menjilat tangan, dan ada pula dilihat seolah olah meramas tangan pemimpin tertinggi tersebut. Cara cium tangan isteri pada Pak Menteri juga juga mempunyai cara yang berlainan. Saya rasa budaya cium tangan pemimpin politik sudah menjadi satu kepakaran dikalangan ahli ahli UMNO.

Saya turut kuatir budaya cium tangan pemimpin politik turut diikuti oleh Pegawai Kanan Tentera. Pada satu ketika dulu, saya pernah melihat saorang Pegawai Kanan Tentera mencium tangan saorang Raja hingga songkoknya terjatuh. Apa perlunya dia menciumi tangan Raja tersebut bilamana cara yang terbaik bagi menunjukkan hormat adalah dengan memberi ‘salute’. Bukankah itu yang diajar dalam latihan pegawai kadet dahulu?

Saya harap budaya cium tangan pemimpin politik oleh pegawai pegawai polis perlu dihentikan dengan sertamerta. Saya juga berharap budaya ini tidak menular dikalangan pegawai pegawai tentera. Biarlah budaya ini diteruskan  dikalangan ahli ahli UMNO saja kerana itulah cara yang habis baik bagi mereka untuk dikenali oleh pemimipin pemimpin mereka.

Patriot

Leave a Reply