SIAPA LEBIH MELAYU?

Nampaknya Panglima Perang UMNO telah mula membedil kubu pertahanan Tun Mahathir dengan melontarkan  ‘Bom Celaan’ bagi melemahkan semangat Tun Mahathir yang kian hari kian hangat menentang Najib, yang jelas  dalam keadaan lemas dengan berbagai skandal, korupsi dan salahguna kuasa,  yang tidak dapat diselindung nya lagi.

Yang terbaru adalah saorang Menteri Kanan UMNO yang mendedahkan usual asal kekeluargaan Tun Mahathir dengan mengatakan bahawa  Tun Mahathir adalah dari India. Menteri Kanan tersebut mengatakan bahawa selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai PM, beliau telah mengunakan orang Melayu untuk kepentingan dirinnya. Dalam ertikata lain, Tun Mahathir bukan orang Melayu, dan oleh itu tidak layak menyandang jawatan sebagai PM negara ini. Adakah ini menjadi masalah bagi Menteri Kanan UMNO tersebut? Mengapa hanya sekarang beliau mempertikaikan kelayakan Tun Mahathir sebagai PM dari sebuah parti Melayu? Dan bukankah Menteri Kanan UMNO ini pernah menjadi ahli UMNO ketika Tun Mahathir menjadi Presiden parti dan PM? Mengapa beliau tidak buka ‘pekong’ Tun Mahathir ketika itu? Dan siapa pula yang meletakkan Menteri Kanan ini diusia mudanya sebagai Setiausaha Politik ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 80’an dulu? Tidakkah pengaruh Tun Mahathir yang meletakkan Menteri Kanan itu sebagai Setiausaha Politik?

Setelah ‘Bom Celaan’ dilontarkan, bala tentera Tun Mahathir mula membuat serangan balas bagi melemahkan  kekuatan bala tentera UMNO dengan menceritakan usul asal Menteri Kanan UMNO tersebut. Rupa rupanya, Menteri Kanan tersebut adalah kelahiran pulau Jawa, Indonesia. Beliau dikatakan telah memasuki negara ini pada tahun 1965 pada usia 12 tahun. Ini bererti bahawa Menteri Kanan tersebut tidak langsung mengetahui sejarah negara ini, dan sudah tentunya tidak tahu langsung sejarah kemerdekaan negara, dan juga sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Mana mungkin beliau mengetahui sejarah negara ini, kerana beliau tidak ada dinegara ini. Dan oleh itu bolehkah bala tentera UMNO mempercayai kesetiaan Menteri Kanan ini terhadap Raja dan Negara?

Tahun 1965 adalah tahun saya mula mencebur diri dalam alam ketenteraan, iaitu diketika negara masih menghadapi konfrantasi  dengan Indonesia. Dan setahu saya, Malaysia pada ketika itu masih belum pulih hubungan diplomatik dengan Indonesia akibat konfrantasi. Dalam keadaan sebegini, bagaimana pula Menteri Kanan ini dapat membolosi perairan Malaysia pada usai 12 tahun, jika tidak memasuki negara ini secara haram. Jika tanggapan saya ini betul, maka bagaimana pula Menteri  Kanan ini boleh mendapat kerakyatan Malaysia, dan mengistihar dirinya sebagai Melayu?

Jika UMNO sanggup menerima saorang pendatang yang bukan Melayu sebagai Menteri Kanan, maka  mustahil UMNO akan menolak saorang pendatang dari Bangla sebagai PM pada satu hari nanti. Tidakkah rakyat Bangla sudah diterima masuk dalam bilangan yang amat besar, dan tidakkah kita diberitahu bahawa ajen yang membawa masuk Bangla ke negara ini adalah saorang ahli keluarga Menteri Kanan itu sendiri?

Sekarang saya nak tanya umat yang bergelar UMNO, samada mereka merestui parti Melayu UMNO dianggotai oleh ahli dari kumpulan pendatang; samada Indon atau Bangla? Adakah UMNO sanggup menerima kumpulan ini sebagai Melayu? Dimanakah laungan UMNO yang mengatakan bahawa parti tersebut memperjuangkan hak Melayu, bilamana pendatang diterima sebagai Melayu oleh UMNO?

Ahkir sekali, saya nak tanya pada umat yang bergelar UMNO sekali lagi.……siapa diantara berdua ini; iaitu Menteri Kanan UMNO  atau Tun Mahathir yang telah banyak berjasa pada negara? Tidakkah Tun Mahathir yang telah menjadi PM selama 22 tahun lebih berjasa dari Menteri Kanan tersebut? Kalau ini pun umat UMNO tak faham, maka saya hanya boleh katakan bahawa UMNO sudah hampir dihujung hayatnya.

Patriot

Leave a Reply