BENARKAH KEM KEM BARU TENTERA DARAT UJUD?

Berikutan artikel kami mengenai pemindahan beberapa buah unit Tentera Darat ke kawasan baru, seperti yang telah dimuat turun kedalam beberapa kumpulan Whatsapp, telah banyak menimbulkan keraguan dan persoalan dikalangan pembaca (terutama dikalangan veteran) mengenai kesahihan rancangan pemindahan tersebut.

Artikel kami jika dihalusi, turut merasakan sesuatu yang tidak kena pada rancangan pemindahan tersebut, terutamanya bilamana ianya berlaku hampir dengan PRU14. Itulah makanya kami telah menyoal samada rancangan itu benar atau tidak kepada pihak-pihak berwajib, iaitu SPR, Kementerian Pertahanan (BN) dan Tentera Darat.

Persoalan yang kami terima dari pembaca adalah seperti berikut:

  1. Benarkah ujud kem-kem baru bagi menerima pemindahan unit-unit seperti yang dirancangkan, iaitu Kem Hutan Melintang di Perak, Kem Bera di Pahang, Kem Paloh dan Kem Segamat di Johor?
  2. Jika rancangan pemindahan itu benar, maka tidakkah ini disifatkan sebagai satu rancangan menindahkan undi pos ke kawasan baru, kerana pemindahan tersebut dilaksanakan hampir dengan PRU14?
  3. Jika benar kem-kem baru itu tidak ujud, dan oleh itu pemindahan fisikal unit-unit tidak dilaksanakan, maka bolehkah undi pos anggota unit berpindah ke kawasan baru, hanya dengan adanya ‘Arahan Pergerakkan Unit’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Tentera Darat?

Kami berharap pihak-pihak berwajib dapat memberikan kedudukan sebenar mengenai rancangan pemindahan unit-unit Tentera Darat ini. Sekiranya pihak-pihak berwajib terus membisu dalam isu ini, maka tidak salah bagi kami beranggapan bahawa satu penipuan terancang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib bagi memastikan kemenangan kepada calon-calon BN.

Sebagai veteran ATM, kami rasa amat kesal jika Tentera Darat turut bersekongkol dalam rancangan penipuan ini.

Ahkir kata…..kami veteran ATM ingin mengingatkan kepada kepimpinan Tentera Darat semasa bahawa kamu tidak diajar menyebelahi mana mana parti politik, dan juga tidak diajar menunjukkan taat setia kepada mana mana pemimpin politik. Kamu hanya diajar Taat Setia pada Agong (selaku Panglima Tertinggi ATM) dan Negara; maka berkhidmat lah pada negara dengan sejujur jujurnya.

Patriot

 

 

 

Leave a Reply