RANCANGAN PEMINDAHAN UNIT-UNIT TENTERA DARAT. ADAKAH INI BERTUJUAN POLITIK?

Kami telah menerima maklumat bahawa beberapa unit Tentera Darat (TD)  akan/telah berpindah kekawasan baru seperti berikut:

  1. 1 x Batalion Infantri dan 1 x Rejimen Artileri ke Kem Hutan Melintang, Perak. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan undi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Hutan Melintang.
  2. 1 x Skuadran Rejimen Jurutera dan 1 x Rejimen Artileri ke Kem Paloh, Johor. Pemindahan in bakal menambahkan undi pos bagi kawasan undi Parlimen Semberong dan DUN Paloh.
  3. 1 x Unit Rejimen Risik (unit baru) ke Kem Bera, Pahang. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan undi Parlimen Bera dan DUN Kemayan
  4. 1 x Rejimen Artileri ke Kem Segamat, Johor. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan undi Parlimen Segamat dan DUN Buloh Kasap.

Sekira maklumat pemindahan ini benar, maka dua kawasan undi Parlimen yang amat penting yang mesti dipertahankan oleh BN akan menerima tambahan undi pos iaitu, Parlimen Bagan Datoh, Perak dan Parlimen Semberong, Johor. Pada PRU13 lalu, Parlimen Bagan Datoh dimenangi oleh YAB Dato Zahid Hamidi (BN) dan Parlimen Semberong dimenangi oleh YB Dato Hishamuddin Hussein (BN).

Nyata juga bahawa Parlimen Bera, Pahang dan Parlimen Segamat, Johor penting bagi BN dan perlu dipertahankan. Pada PRU 13 lalu, Parlimen Bera dimenangi oleh YB Dato Ismail Sabri (BN), manakala Parlimen Segamat dimenangi oleh YB Dato Dr. Subramaniam, Presiden MIC (BN).

Kami kurang pasti status kem-kem (seperti tersenarai diperanggan 1. hingga 4 diatas) yang akan menerima unit-unit tersebut, iaitu (1) samada sudah siap lengkap, (2) masih dalam pembinaan, (3) separuh siap, (4) dalam rancangan untuk dibina.

Dalam apajua status kem-kem tersebut, atau samada pemindahan telah dibuat secara fisikal atau tidak, tindakan ini bakal akan mengubah bilangan pengundi pos bagi kawasan mengundi Parlimen dan DUN dimana unit-umit tentera akan ditempatkan.

Jika maklumat pemindahan unit-unit TD ini benar maka kami ingin mengajukan soalan berikut kepada SPR, UMNO/BN dan Tentera Darat:

  1. Tidakkah pemindahan ini dirancang bagi memberi kemenangan kepada calon BN?
  2. Tidakkah kamu sedar perbuatan seperti ini satu penipuan yang terlarang oleh agama anutan kamu?
  3. Jika kamu menang dalam PRU nanti, tidakkah kamu rasa bersalah dengan perbuatan menipu itu?
  4. Sekiranya kem-kem belum siap lengkap, dan pemindahan tidak dapat dilakukan sepenuhnya, maka layakkah anggota unit tersebut mengundi dikawasan baru mereka?
  5. Apakah tujuan unit-unit tersebut diarah pindah beberapa bulan sebelum PRU14 dan anggota mengundi pos bagi Parlimen-Parlimen Bagan Datoh, Semberong, Bera dan Segamat, jika ia tidak bermaksud semata-mata untuk memberi kemenangan pada calon BN?
  6. Adakah pemindahan ini dilakukan kerana kem-kem lama tidak SESUAI lagi, sepertimana jawapan Timbalan Menteri Pertahanan terhadap penjualan Kem Baru Kantomen baru-baru ini?

Kepada sesiapa saja yang terlibat dengan rancangan pemindahan unit-unit TD itu, maka saya minta kamu semua melihat dalam diri kamu dan bertanya samada perbuatan kamu salah atau tidak. Apa perlunya kita bermegah jika kemenangan sesaorang itu berlaku atas sebab penipuan. Lakukan lah kerja benar, ikhlas dan jujur yang akan menerima keberkatan dari Allah swt.

Fikir fikirkan lah…………………

Patriot

 

Leave a Reply