PENJUALAN KEM BATU KANTOMEN – JAWAPAN SAYA PADA TIMB MENTERI PERTAHANAN

Free Malaysia Today bertarikh 21 Julai 2017 telah melaporkan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan kepada surat terbuka saya yang diajukan kepada Menteri Pertahanan melalui Facebook saya bertarikh 18 Julai 2017,  terhadap beberapa soalan saya mengenai penjualan Kem Baru Kantomen kepada LTAT. Saya rasa jawapan Timbalan Menteri Pertahanan seperti yang dilaporkan  tidak menepati  soalan yang telah saya kemukakan.

Alasan yang diberikan pada hemat saya, bersadarkan kepada kepentingan komersial semata mata dan tidak langsung memikirkan kepentingan pertahanan dan keselamatan. Bagi saya ini satu pemikiran yang cetik dan dangkal, walhal kepentingan pertahanan dan keselamatan harus merupakan asas kepada segala perancangan pembangunan negara. Bagi memisahkan kepentingan pertahanan dan keselamatan dalam perkiraan pembangunan negara adalah satu anomaly yang akan meletakkan negara kepada risiko yang amat tinggi bilamana negara berhadapan dengan situasi perang.

Pemimpin politik harus berfikir seperti pemimpin politik negara jiran kita, iaitu Singapura.  Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Singapura amat perihatin dan peka terhadap kepentingan pertahanan dan keselamatan dalam segala rancangan pembangunan fisikal negara mereka. Boleh dikatakan bahawa seluruh  Singpaura mempunyai sistem kawalan pertahanan dan keselamatan yang begitu kukuh, gental dan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata mereka tidak akan berkompromi. Bagaimana pula kesiapsiagaan  kita terhadap pertahanan dan keselamatan negara agaknya? Inilah menjadi persoalan saya bila saya menegur kerajaan supaya tidak menjual kem-kem tentera peninggalan British yang terletak dibandar bandar utama dengan sewenang wenangnya. Ada saorang sahabat yang bertanya pada saya,“Apa sudah jadi dengan Jawatankuasa Panglima Panglima? Tidakkah mereka bincangkan perkara sepenting ini?”

Saya berpendapat ada banyak kebaikkan bilamana kem-kem tentera ditempatkan dipersekitaran bandar-bandar utama. Dan saya percaya, mereka yang mendalami pengajian pertahanan dan keselamatan akan faham  maksud saya ini. Tidakkah perkara yang asas seperti ini  difahami oleh pemimpin tentera kita sekarang? Atau adakah mereka hanya mampu  angguk kepala bila menteri membuat kenyataan? Saya tidaklah mahu mengajar mereka kerana saya percaya mereka semua amat terpelajar dalam soal pertahanan dan keselamatan. Dan siapa pula saya…..saorang askar pencen.

Kita lihat apa yang telah terjadi pada Pengkalan Udara RMAF Sg. Besi. Pengkalan ini menyimpan ribuan kenangan dikhalangan veteran RMAF, dan yang penting kem tersebut mempunyai ‘strategic value’ terhadap pertahanan dan keselamatan pusat negara, bilamana menghadapi sesuatu ancaman. Sekarang pengkalan seluas 200 ekar sudah menjadi milik orang lain, dan sayang seribu sayang, tiada siapa yang mahu membantah penjualan kem tersebut.

Sekarang RMAFSg. Besi telah berpindah ke Sendayan, Negeri Sembilan. Bolehkah kita katakan Pengkalan Udara Sendayan itu setaraf dengan Pengkalan Udara Sg. Besi? Bolehkah kita terima bahawa pengkalan udara itu sebuah pengkalan udara dalam ertikata sebenarnya? Saya difahamkan  pengkalan udara Sendayan tidak langsung mempunyai landasan kapal terbang. Bolehkah ini dianggapkan sebagai sebuah pengkalan udara langkap dengan segala kemudahan  setanding dengan Pengkalan Udara Sg. Besi? Berapa luas agaknya Pengkalan Udara Sendayan itu?

Fikir fikirkan lah…………………………………..’THINK DEFENCE AND SECURITY’

Patriot

 

 

Leave a Reply