MAKLUMAN MENGENAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPK

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Patriot Kebangsaan, ringkasnya ‘Patriot’ akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ulung pada Ahad 20hb Ogos 2017, bertempat Kelab Di Raja Selangor, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi. Notis panggilan mesyuarat resmi akan menyusul kemudian.

Pendaftaran bagi ahli-ahli baru akan bermula jam 0930 pagi.

‘Patriot’ ditubuhkan sebagai satu platform dimana ahli-ahli  terdiri dari persara ATM dan PDRM (buat permulaan ini) dapat menyuarakan pandangan/pendapat/komen mereka terhadap isu-isu bersangkutan pertahanan dan keselamatan negara terutamanya, serta lain-lain isu yang menyentuh kepentingan rakyat, untuk diangkat kepengetahuan dan tindakan pihak-pihak berwajib.

Keahlian terbuka pada persara ATM dan PDRM dari semua kaum, yang masih kental dengan semangat patriotism, cinta pada negara dan ingin akan keamanan dan kedamaian. Semangat seperti ini telah disemaikan pada kita  didalam perkhidmatan, dan ‘Patriot’ adalah kesinambungan pada semangat itu.

Bagi memperluaskan keahlian pada masa akan datang, maka satu peruntukan dibuat dalam Perlembagaan Persatuan untuk membuka keahlian kepada persara dari sektor perkhidmatan awam.

Aspirasi ‘Patriot’ juga adalah bagi membetuk satu bangsa Malaysia yang hidup bersama dengan penuh harmoni tanpa mempersoal dan membicara isu-isu kaum, agama, warna kulit dan keturunan, dan bebas dari pengaruh politik.

Kami menjemput semua persara ATM dan PDRM untuk bersama kami dalam ‘Patriot’, dan waktu yang sama, bagi mengeratkan silaturahim sesama ketika kita berada didalam alam persaraan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

  1. BG Dato Mohd Arshad Raji (B) –  Pengerusi Protem  –  0173588361
  2. Mej Mior Rosli Mior Jaafar (B) –  Setiausaha Protem  –  0193556540
  3. Mej Ismail Kamat (B) –  Bendahari Protem  –  0126018700

Terima kasih

 

 

 

 

 

Leave a Reply