SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

Kami  dimaklumkan bahawa sebuah kem tentera  peninggalan tentera British yang menyimpan banyak sejarah dan kenangan pada ribuan bekas anggota  Angaktan Tentera Malaysia yang pernah berkhidmat dan menduduki  kem tersebut,  akan dijual (atau pun sudah dijual) dengan sewenang- wenangnya kepada pihak awam.

Ini bukan kali pertama sebuah kem tentera peninggalan tentera  British djual, tanpa menghormati sejarah silam, iaitu sesuatu yang amat berharga kepada anggota –anggota tentera, terutama bagi mereka-mereka  yang pernah bertugas dan menduduki kem tersebut. Kem–kem tentera peninggalan tentera British yang telah di jual oleh kerajaan adalah seperti berikut:

  1. Kem Majidee, Johor Baharu, Johor
  2. Kem Transit, Ampang, Selangor
  3. Kem Tebrau, Johor Baharu, Johor
  4. Kem Lapangan Terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur

Kami  baru difahamkan bahawa Kem Batu Kantomen, iaitu sebuah kem induk lojistik bagi Tentera Darat Malaysia bertempat di  Jalan Ipoh, Kuala Lumpur akan/telah menjadi mangsa untuk dijual. Disini kami ingin tahu samada maklumat berikut benar atau sebaliknya:

  1. Keluasan kem tersebut adalah dalam jangkauan 200 ekar.
  2. Benarkah kem tersebut dijual secara rundingan terus kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)?
  3. Benarkah harga yang ditawarkan kepada LTAT ialah RM2.3 bilion, dan bukan mengikut nilai harga pasaran tahun semasa?
  4. Benarkah arahan sudah pun dikeluarkan bagi semua unit yang sekarang masih bertemapt di kem tersebut berpindah keluar dengan secepat mungkin?
  5. Benarkah peruntukan sebanyak RM700 million telah diperuntukan untuk pemindahan ke kem-kem lain buat sementera waktu sehingga kem baru disediakan?
  6. Benarkah RM1.6 bilion dari harga jualan kem tersebut akan digunakan untuk membayar veteran-veteran yang tidak berpencen, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Perhimpunan Raksaksa Veteran pada 31 Julai ini di MIECC, Balakong, Selangor.

Persoalan nya sekarang…..apa perlunya kem yang bersejarah ini dijual dengan begitu tergesa gesa dan melalui rundingan terus?

Sekiranya tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Menteri Pertahanan dalam tempoh 14 hari di mana-mana media menafikan maklumat ini, maka kami  anggap maklumat  ini benar. Jika ianya benar maka adakah ini satu petanda bahawa kerajaan  sedang menghadapi kesulitan kewangan akibat skandal 1MDB, dan tujuan Kem Batu Kantomen dijual secara tergesa gesa adalah bagi menyelamatkan kerajaan dari masalah kesulitan kewangan serius yang dihadapi sekarang?

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply