PH LAWAN UMNO/BN

Ternyata yakin dan jelas bahawa parti-parti pembangkang, iaitu PPBM, Amanah, PKR dan DAP yang bergambung sebagai satu parti dibawah Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 akan datang mahu menggulingkan UMNO/BN yang telah berkuasa  sejak merdeka. Rakyat tidak lagi menaruh harapan pada UMNO/BN untuk memakmur dan mengembalikan negara pada  kedudukan yang disanjung tinggi oleh negara dirantau Asia khasnya,  dan diseluruh dunia amnya pada satu ketika dahulu, dengan pemimpin-pemimpin negara yang ada. Bukankah negara ini pernah dikenali dengan gelaran ‘The Asian Tiger”pada era pemerintahan Tun Mahathir dulu, serta menjadi contoh negara pembanggun lain untuk diteladani?

Kini, negara ini sudah jadi milik saorang individu (kata saorang bekas negarawan negara)yang amat berkuasa, hingga berani mengadai banyak harta negara pada negara asing, tanpa berasa salah dan bertanggungjawab. Jelas, apa yang menjadi idamannya adalah untuk mengaut kekayaan bagi diri serta ahli keluarganya. Ini dilakukan dengan mencuri wang rakyat secara terang terang melalui penubuhan sebuah syarikat yang kononnya syarikat milik negara, yang akan menfaatkan  negara dan rakyat, katanya.

Yang aneh, syarikat tersebut ditubuhkan secara senyap, tanpa perbincangan dan persetujuan cabinet atau parliamen, walhal wang yang digunakan itu adalah wang rakyat. Bukankah ini satu perbuatan yang luar biasa dilakukan oleh individu tersebut, yang juga saorang ketua pemimpin negara? Walaupun rakyat telah memberi mandate pada pemimpin tersebut untuk melakukan apa jua yang terbaik untuk negara dan rakyat, tapi bilamana wang negara  disabitkan, tidakkah dia perlu bincang dan dapatkan persetujuan dan kelulusan dari cabinet terlebih dahulu, sekurang kurangnya?

Adakah sebagai pemimpin negara, beliau boleh melakukan apa saja ikut kehendak hatinya? Ini yang berlaku sekarang hingga menyebabkan negara kini menanggung hutang yang luar biasa besarnya, yang mungkin akan membebankan beberapa jenerasi akan datang. Tapi yang lebih malang ialah ‘kaum kerabat’ yang mengelilingi pemimpin tersebut turut tidak rasa bersalah, malu dan buta terhadap bala yang mungkin melanda negara  akibat penyelewangan dan kerakusan pemimpin tersebut.

Terus terang saya katakan bahawa rakyat jelata sudah bosan dengan tindak tanduk  pemimpin Negara tersebut  yang tidak bertanggungjawab, yang telah banyak merosakkan negara dengan kerenahnya. Sudahlah dia mencuri dan merompak wang negara, dan sanggup berkata bahawa wang itu dimasukkan kedalam akaun peribadinya, tetapi memutar belit cakapnya dengan berkata, “akaun itu atas nama saya,  tapi tidak lah ibarat akaun peribadi saya sendiri”.  Apakah masud ayat dia ini? Adakah dia anggap rakyat  sebodoh ‘kaum kerabat’ dalam partinya?

Sekarang, PH sudah pun resmi sebagai satu parti politik gabungan yang akan menentang habis habisan UMNO/BN pada PRU 14 akan datang dengan menggunakan satu logo dan satu manifesto. Sekarang kita tunggu saja apakah reaksi UMNO/BN terhadap perkembangan baru dalam  PH, selain dari mereka (UMNO/BN) memburukkan pemimpin PH hampir setiap hari dalam mediamassa kepunyaan mereka. Adakah  itu saja yang mereka dapat lakukan? Dan bagaimana pula kedudukan PAS pada PRU14 nanti?

 

Leave a Reply