DOJ DAN SAYA – CHEDET

Saya bangga kerana ada orang yang menyatakan saya boleh arah Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat membuat sesuatu. Jika saya dapat arah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu.

Malangnya, saya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi kerajaan Malaysia pun.

Apa yang dilakukan oleh DoJ Amerika Syarikat ialah bertindak ke atas mereka yang terlibat dengan pembersihan wang haram di negara Amerika Syarikat, bukan di Malaysia. Undang-undang berkenaan jenayah ‘money laundering’ di  Amerika Syarikat amat ketat, tidak seperti di Malaysia, dimana kerajaan berpuas hati jika 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun pribadi Perdana Menteri dikatakan derma orang Arab. Pengakuan pihak yang disoal bahawa ia tidak melakukan apa-apa kesalahan, memadai untuk menghalalkan pemilikan wang yang begitu banyak.

Tuduhan yang dibuat oleh DoJ tepat dan terperinci  termasuk belian berwarna merah jambu yang diberi oleh Jho Low kepada isteri Malaysian Official 1 (Perdana Menteri mengikut pengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Abdul Rahman Dahlan) iaitu Rosmah Mansor.

Jho Low dan Riza Aziz sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan mencuri duit 1MDB. Tetapi mereka tidak berani. Pepatah Melayu berkata, “beranai kerana benar, takut kerana salah”, Mereka bersembunyai di China dan Malaysia. Sekaligus ia menjadi pengakuan bahawa segala tuduhan DoJ adalah benar.

Seorang wanita cantik Australia (Miranda Kerr), dan pelakon Leonardo DiCaprio sudah kembalikan hadiah yang diberikan kepada mereka oleh Jho Low. Bila lagi Rosmah dan penerima-penerima rasuah di Malaysia akan kembalikan duit 1MDB kepada rakyat Malaysia. Tetapi mereka muka tebal, tak tahu malu. Bila ditudah mencuri, mereka semua, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO hanya senyum.

Oleh itu tuduhlah saya, seorang yang tidak berkuasa telah arah kuasa besar Amerika Syarikat membuat laporan palsu terhadap Najib, sahabat Obama dan rakan golfnya, Trump.

Hanya yang bangang sahaja yang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang dimasuk kedalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai

Komen

Bagi saya, sudah nyata lagi terang bahawa sesiapa saja yang tidak mahu mempercayai kesahihan penyiasatan DoJ itu bukan saja bangang, tapi tidak lagi mampu berfikir secara lojik, dan sebaiknya mereka kesemuanya dihantar ke Tanjung Rambutan untuk beristrihat selama mana mereka mahu.

Sebenarnya, dengan adanya mereka berkeliaran dikalangan mereka yang waras, dikuatiri ‘penyakit’ mereka ini akan menjangkiti mereka yang waras itu. Tidakkah kita lihat ada dikalangan Pak Lebai dari sebuah parti Melayu sudah pun ramai dijankiti dengan penyakit tersebut, terutama dari kalangan pemimpin mereka.

Ini sungguh aneh, tapi benar.

 

 

Leave a Reply