WANG 1MDB DIJADIKAN WANG ‘SOGOKKAN’

Beberapa hari yang lampau, rakyat telah didedahkan dengan senarai individu, syarikat dan organasai yang telah menerima wang dari akuan peribadi MO1, yang disyaki  berasal dari wang 1MDB. Pembayaran tersebut telah dibuat dengan cek peribadi MO1, dan nilai sesatu cek itu berbeza beza.

Selain dari ahli keluarga MO1, Jho Low, pemimpin-pemimpin UMNO, terdapat juga pembayaran dibuat kepada lawyer Shafiee Abdullah berjumlah RM 9.5 juta dan kepada Ketua Pengarah Perisikan Tentera berjumlah RM7 juta. Tidak ketinggalan juga, saorang Raja sebuah negeri  di Semenanjung telah  tersenarai sebagai penerima wang dari MO1 berjumlah RM2 juta. Jumlah yang telah dibayar dari akuan peribadi MO1 adalah hampir RM16.2 bilion. Tidak saorang pun penerima wang tersebut telah membuat penafian.

Bukankah ini satu jumlah yang amat besar, dan sudah tentunya akan menimbulkan berbagai andaian mengenai sumber wang tersebut. Tidak hairanlah jika rakyat berandaian bahawa wang tesebut adalah wang yang dicuri dari 1MDB, kerana MO1 sendiri tidak membuat sebarang kenyataan menafikan bahawa wang itu adalah dari 1MDB, tetapi membiarkan pemimpin-pemimpin UMNO untuk membuat penafian bahawa wang itu bukan wang 1MDB.

Apa susahnya jika MO1 sendiri membuat penafian  jika benar wang itu bukan dari 1MDB? Tidakkah itu cara yang sepatutnya dilakukan oleh MO1 bagi membersihkan namanya dari sebarang andaian dan jolokan yang hanya akan mencemarkan diri nya dengan berbagai gelaran negatif. Tidak kah gelaran ‘kleptocrat’ itu memadai bagi MO1 mengalasnya? Adakah gelarang lain yang hendak dikenakan bersama namanya? Tidakkah gelaran seperti penyamun, perompak, pencuri dan penipu  (4P) yang dikaitkan pada nama MO1 sejak terbongkar nya skandal 1MDB itu mencukupi?

Saya rasa rakyat telah bosan dengan isu 1MDB ini yang tidak ada kesudahan nya. Rakyat juga sedar bahawa bebanan hutang negara akibat skandal 1MDB itu akan ditanggung oleh mereka serta anak cucu mereka, dan beberapa generasi akan datang. Dan rakyat juga hairan mengapa pemimpin-pemimpin UMNO, Ag Apandi dan IGP mengambil sikap tidak peduli, dan bermati-mati melindungi MO1 yang jelas telah melakukan ‘rompakan’ wang rakyat yang terbesar  didunia ini.

Kepada Ketua Pengarah Perisikan Tentera (KPPT) pula, saya selaku saorang persara ATM ingin mengingatkan pada beliau bahawa sekiranya benar dia telah menerima wang peribadi dari MO1 berjumalah RM7 juta bagi tujuan apa sekali pun, maka dia telah melanggar ‘ethics’ sebagai saorang tentera yang dilarang samasekali bersubahat dan mungkin akan terpengaruh dengan mana mana pemimpin politik dengan ‘sogokkan’ wang yang bukan dari sumber resmi kerajaan. Jika KPTT enggan membuat sebarang penafian, maka saya katakan bahawa leher beliau sudah terjerat dengan sogokkan wang dari MO1, dan beliau juga telah engkar akan sumpah taat setia yang dilafaznya ketika memasuki perkhidmatan ATM dahulu, iaitu Taat pada Raja dan Negara.

Saya percaya, apa yang telah dan akan dilakukan oleh beliau mulai dari penerimaan wang ‘sogokkan’ itu dari MO1, sudah tentunya untuk mempertahankan MO1, dan bukan lagi untuk mempertahankan ikrar kesetiaan pada Raja dan Negara. Ini satu yang amat malang bagi perkhidmatan ATM.

 

Leave a Reply