KENYATAAN SAORANG PEGAWAI JASA YANG DANGKAL TAK MASUK AKAL

Tun Faisal Ismail Aziz dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyatakan bahawa loket belian yang telah dihadiahkan kepada isteri MO1 oleh ‘penyanggak antarabangsa’ Jho Low bernilai  jutaan ringgit itu harus dipulangkan semula kepada Jho Low, dan bukan kepada DoJ sepertimana yang dilakukan oleh Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr.

Dengan kenyataan itu, maka Tun Faisal telah mengesahkan bahawa loket belian itu sememangnya ada pada isteri MO1, dan seterusnya mempertikaikan pula laporan DoJ itu bahawa laporan itu tidak mempunyai bukti bahawa loket belian tersebut dibeli dari wang gubahan 1MDB. Apa perlunya DoJ menunjukkan bukti bahawa loket belian itu dibeli dari wang gubahan 1MDB, bilamana Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr tidak langsung mempertikaikan dari mana sumber wang itu, tetapi hanya menghormati laporan DoJ.

Saya percaya Tun Faisal tidak meneliti sepenuhnya laporan DoJ itu bagi mendapatkan bukti sebenar mengenai pembelian loket belian itu oleh Jho Low. Atau pun Tun Faisal langsung tidak mahu tahu  cerita sebenarnya, tapi hanya mahu memesongkan faktar untuk pengetahuan penyokong tegar UMNO dan orang kampung. Dan bukankah itu tugas utama Jasa, selain dari menyampaikan berita memburuk-burukkan parti pembangkang?

Kepada Tun Faisal, saya katakan kepada beliau bahawa Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr telah menunjukkan contoh yang terpuji dengan tidak menyoal  laporan DoJ, malahan tindakan mereka itu membuktikan betapa hormatnya mereka terhadap sesuatu siasatan yang dijalankan oleh sebuah badan penyiasat negara seperti DoJ.

Tun Faisal harus merasa malu dengan kenyataannya itu yang dikeluarkan tanpa memberi bukti kukuh bagi menyangkal laporan DoJ itu. Dan ingatlah bahawa Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr bukan orang Melayu dan bukan pula beragama Islam, tetapi bersifat mulia, ikhlas dan beramanah bagi menegakkan bebenaran; sifat sifat yang perlu ada pada  setiap orang yang bergelar Muslimin dan Muslimat.

Saya rasa kenyataan Tun Faisal telah memburukkan lagi keadaan, dan meletakkan isteri MO1 itu sebagai persalah yang mesti dilindungi dengan berbagai alasan yang dangkal tidak masuk akal, tanpa merasa malu dan bersalah. Bagi Tun Faisal dan Jasa, itulah tugas yang dianggap ‘termulia’ bagi mereka agaknya.

 

 

 

Leave a Reply