ISA SAMAD – APA PERLUNYA DIA DIBERIKAN JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI SPAD?

Pengunduran Isa Samad sebagai Pengerusi FGV dan seterusnya perlantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) telah mengundang berbagai pendapat/teguran/komen dari rakyat jelata. Jelas, sebilangan besar rakyat tidak erti apa perlunya Isa Samad dilantik ke jawatan tersebut, bilamana beliau sedang disiasat olih SPRM, dan prestasi beliau sebagai Pengerusi Felda termasuk FGV terdahulu sarat dengan kontrovasi.

Sejarah Isa Samad dalam politik juga tercemar dan tidak bersih hingga beliau digugurkan dari jawatan sebagai Menteri Wilayah kerana terlibat dengan politik wang (rasuah) untuk meraih jawatan dalam parti pada satu ketika dulu. Akibat dari kejadian itu, selain digugurkan jawatan sebagai Menteri, beliau juga digantung jawatan sebagai ahli parti buat seketika.

Dengan sejarah peribadi sedemikian, kepimpinan UMNO, terutama Najib telah melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kemudiannya FGV. Dalam keadaan biasa, jika saorang pemimpin itu mempunyai kewarasan memikir dengan lojik, sudah pasti akan melantik sesaorang ke jawatan Pengerusi sesebuah GLC yang kaya dengan berbagai aset dan wang kepada saorang yang beramanah, berintegriti, berkeyakinan, professional, berpengalaman dan cekap mengendalikan sebuah syarikat profil tinggi seperti Felda. Benarkah Isa Samad sebagai saorang politik mempunyai criteria sedemikian?

Apakah yang menyebabkan Najib masih mahukan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda/FGV, menjadi tanda tanya dan perdebatan dikalangan rakyat jelata masakini. Jawapan nya…..hanya Najib dan Isa Samad saja yang tahu.

Bagi saya, Isa Samad bukan orang yang layak diberikan apajua jawatan dalam syarikat GLC berprofil tinggi; lebih-lebih lagi bilamana beliau mempunyai peribadi yang sudah tercemar. Kemelut kewangan yang berlaku sejak Isa Samad menjadi Pengerusi Felda/FGV telah banyak dibicarakan didalam dan luar Felda, dan saya harap siasatan yang sedang dijalankan olih SPRM bolih merungkai segala pemasalahan yang berlaku pada Felda/FGV itu.

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan punca Felda/FGV mengalami kerugian kewangan yang amat besar. Biarlah itu ditentukan olih SPRM dan siasatan olih ajensi lain (jika ada), dan bagi sesiapa saja yang didapati bersalah, sudah pasti akan dibawa ke muka pengadilan.

Sekarang sudah kedengaran suara-suara membantah perlantikan Isa Samad ke SPAD, dan diantara suara membantah adalah bekas Pengerusi SPAD sendiri, iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar. Adakah Najib akan dengar bantahan bekas Pengerusi SPAD itu?

 

Leave a Reply