CABARAN KEPADA NAJIB DAN JHO LOW

KALAU NAJIB DAN 1MDB BETUL DAN BERANI, SILA SAMAN SAYA

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan

Semalam 23 Jun 2017, saya Hj. Zaidi bin Ahmad (Bekas Mejar TUDAM) telah dengan rasminya hadir membuat laporan di SPRM Pulau Pinang, mendakwa bahawa sebanyak USD 1.03 bilion wang 1MDB telah dicuri oleh  Jho Low melalui syarikatnya Good Star Limited pada 2009 dan 2011.

1MDB yang diketuai oleh Najib sehingga ke hari ini kekal menyatakan bahawa tiada langsung wang 1MDB yang dicuri.

Jika 1MDB tidak berbohong maka saya cabar Najib dan 1MDB agar menyaman saya di mahkamah bagi mencari kebenaran.

BERANI KERANA BENAR

Hj. Zaidi bin Ahmad

(Bekas Meja TUDM)

Komen

Satu cabaran yang berani demi mencari kebenaran. Kepada yang dicabar, sekiranya kamu tidak menerima cabaran dari saorang yang kerdil dan tidak pula ada apa-apa kuasa seperti  Hj. Zaidi bin Ahmad, maka saya katakan bahawa kamu saorang pengecut, yang hanya berani berselindung dibelakang koncu-koncu kamu yang juga saya anggap pengecut.

Ingatlah bahawa sesuatu kemungkaran (seperti mencuri wang rakyat) itu tidak akan dapat diselindung buat selama-lamanya, dan hanya masa akan menentukan bila terbongkarnya segala kemungkaran kamu, dan pada ketika itulah kamu akan menghadapi pengadilan, didunia ini dan sudah pasti diahkirat nanti. Hukuman Allah swt itu bagi penyamun dan penyanggak sudah pasti, dan ia amat pedih lagi dahshat.

Leave a Reply