KEMATIAN YANG SIA-SIA

Kematian kadet angkatan laut Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat deraan fizikel oleh beberapa kadet lain telah memburukkan imej dan nama Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) ke tahap yang amat hina. Kami rasa kes deraan ini adalah satu ‘rekod’ yang belum pernah berlaku dalam sejarah bagi mana-mana Institusi Pengajan Tinggi (IPT) negara ini.

UPNM sebagai IPT mempunyai perbezaan dan keunikkan dari IPT lain; awam dan swasta. Perbezaan dan keunikkan nya adalah graduan UPNM, selain dari mengikuti korikulam yang agak sama dengan IPT lain, ianya juga melatih graduan untuk menjadi pemimpin tentera, yang amat diperlukan keatas diri mereka bilamana mereka tamat pengajian dan ditauliah sebagai pegawai tentera; darat, laut dan udara. Oleh itu, korikulam ketenteraan adalah wajib diikuti oleh setiap graduan UPMN dan sudah tentunya, ini menambahkan lagi tekanan pada setiap graduan.

Salah satu tajuk dalam pengajian module ketenteraan, adalah kepimpinan. Dalam module ini, graduan akan diajar dan diasuh membentuk diri mereka menjadi saorang pemimpin tentera, dan tanpa pengetahuan dan kebolihan ini, maka graduan itu tidak layak ditauliah sebagai saorang pegawai tentera.

Sebagai saorang pemimpin yang efektif, interaksi sesama orang yang dipimpin amat penting, bagi mendapatkan kerjasama dan kerelaan orang yang dipimpin melakukan sesuatu perintah dengan jujur dan berjaya, yang berahkir dengan terjalinnya ‘Semangat Setiakawan’.

Kami percaya kadet-kadet UPNM diajar menjalinkan ‘Semangat Setiakawan’ awal dalam pengajian mereka, dan kami yakin jika semangat tersebut sudah terbentuk dalam diri setiap kadet, kami rasa penderaan seperti yang belaku terhadap Allahyarham Zulfarhan tidak mungkin berlaku.

Apa yang berlaku keatas Allahyarhum Zulfarhan amat menyedihkan dan kami amat bersimpati terhadap kedua ayah dan ibu nya.

Kepada mereka-mereka yang telah didapati bersalah mengakibatkan kematian Zulfarhan, dan telah didakwa dengan pertuduhan membunuh, sudah pastinya akan merasa kesal hingga keahkir hayat mereka. Dan kepada ayah dan ibu mereka-mereka yang didakwa, kami turut

Leave a Reply