PERHIMPUNAN RAKSAKSA VETERAN 31 JULAI, 2017 SATU PEMBAZIRAN?

Bilamana beberapa negara luar telah menamakan PM negara ini sebagai kleptocrat; ertinya sesaorang yang terlalu obsess untuk mencuri, maka apa perlunya diadakan perhimpunan raksaksa pada 31 Julai 2017, dan mengarah semua persatuan veteran menghantar bilangan veteran secukupnya untuk hadir ke perhimpunan tersebut, dan diumpan pula dengan wang saku sebanyak RM120 bagi setiap perserta yang hadir.

Persoalan kami….apa perlunya veteran dihimpunkan sebegitu ramai untuk mendengar ucapan dari saorang pemimpin yang terpalit dengan berbagai masalah, dan akan diminta untuk menunjukkan sokongan padanya? Sudah tentunya berbagai sepanduk akan disediakan yang melaungkan sokongan dan kesetiaan pada pemimpin politik.

Jika benar PM akan membuat satu pengumuman yang penting mengenai kebajikan veteran yang tidak berpencen, maka tidak kah boleh pengumuman itu dibuat melalui TV, radio dan media massa kewalan kerajaan? Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara sekarang,  bukankah perhimpunan raksaksa ini satu pembaziran wang rakyat; dijangka melebihi RM1 juta akan dibelanjakan untuk 10 ribu ke 15 ribu perserta. Tidakkah baik wang sejumlah itu digunakan untuk kebajikan rakyat termiskin?

Dan apa jua pengumuman yang bakal dibuat yang melibatkan wang rakyat, tidakkah PM, PVATM dan JHEV tahu bahawa kuasa mengubal apa jua dasar mengenai pemberian wang rakyat pada ahli-ahli angkatan tentera (pencen dan yang sedia berkhidmat) adalah bidang kuasa mutlak Majlis Angkatan Tentera (MAT) sepertimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan bukan PM, PVATM, JHEV atau sesiapa saja, selain dari MAT. Tidakkah PM, PVATM dan JHEV tahu mengenai ini?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuasa gaji, pencen dan lain-lain pentadbiran anggota ATM, sila semak rancana kami pada blog ini bertarikh Jun 12, 2017, untuk dibahaskan dikalangan veteran.

Jangan hendaknya veteran-veteran terpikat dengan umpanan wang saku RM120 itu semata-mata, dan mengetapikan jasa dan pengorbanan setiap veteran pada negara yang tidak ternilai harganya.

Wahai veteran…….sedarlah dan jangan kamu mudah terpengaruh dengan janji-janji manis dari mana-mana orang politik, berlebih lagi menjelang PRU14.

 

Leave a Reply