SUDAHKAH KERAJAAN BN MENGHALALKAN KOMMUNISMA DINEGARA INI?

Isu MOU yang telah ditandatangan antara Parti Kommunis Cina (PKC) dengan UMNO dan MCA telah banyak menimbulkan tanda tanya dikhalangan persatuan-persatuan veteran tentera, dan kami percaya juga dikhalangan veteran polis. Kami turut merasa hairan bagaimana MOU tersebut boleh dibenarkan memandang kepada sejarah negara  yang telah mengharamkan Parti Kommunis Malaya (PKM) yang disokong oleh PKC ketika perjuangan PKM menentang kerajaan British Malaya selepas perang dunia kedua, dan selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 hingga berakhirnya tentengan PKM pada tahun 1989.

Rata-rata, veteran-veteran (tentera dan polis) yang terlibat dalam operasi menentang PKM sejak dari awal hingga tahun 1989 masih berpegang  pada pendirian bahawa PKM tidak boleh ujud sebagai parti politik dinegara ini dan ideology mereka wajib diharamkan. Dan jika inilah pendirian veteran, maka sudah tentunya pengaruh dan ideology PKC turut diharamkan samasekali dinegara ini.

Kami sungguh hairan dan curiga bagaimana UMNO dan MCA sanggup mengadakan MOU dengan PKC, dan atas basis apakah MOU itu ditandatangan. Bagi kami, tindakkan UMNO dan MCA itu telah menidakkan jasa dan pengorbanan veteran, dan tindakan ini boleh dianggapkan sebagai satu penghinaan terhadap perjuangan veteran.

Tidakkah UMNO dan MCA sedar bahawa perjuangan veteran itu telah berahkir dengan kemenangan bagi negara, dan dengan kemenangan itu maka negara dapat dimajukan hingga sekarang dalam suasana aman dan bebas dari ancaman kommunis.

Kami juga turut merasa hairan bagaimana ajensi-ajensi perisikan, keselamatan dan pertahanan negara, terurtama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak memberi sebarang teguran dan pandangan terhadap MOU tersebut. Adakah oleh kerana UMNO dan MCA itu adalah dari parti yang memerintah, maka mereka boleh buat apa saja, tanpa memikirkan jasa dan perjuangan veteran.

Sekarang kami ingin melontarkan beberapa persoalan kepada kerajaan seperti berikut:

  1. Jika dibenarkan UMNO dan MCA mengadakan MOU dengan PKC, maka bolehkah kerajaan benarkan PKM mengadakan MOU dengan parti–parti politik lain?
  2. Adakah PKC yang berideology kommunisma itu berbeza dari ideology komunisma yang dibawa oleh PKM?
  3. Jika PKC mendesak kerajaan untuk membawa balik debu mendiang Chin Peng untuk disemadikan di kampong kelahiran nya, maka apakah jawapan UMNO dan MCA?
  4. Dengan adanya MOU PKC dengan UMNO dan MCA, adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan telah menarik pengharaman mana-mana parti politik yang berunsurkan fahaman kommunisma?

Ahkir kata, kami anggap tindakan UMNO dan MCA itu akan membuka ruang pada PKC untuk meluaskan pengaruh dan ideology komminisma terutama dikhalangan jenerasi muda, dan tidakkah ini akan menjadi satu ‘ancaman’ kepada sistem democracy amalan negara selama ini?

Dan apa pula pendirian Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia sehubungan isu ini agaknya?

 

 

Leave a Reply