JANGAN SIA-SIAKAN KELOHAN SAORANG PENJUANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERARAKAN SEPERJUANGAN,

SEKARANG SUDAH JELAS UMNO DAN MCA MENJALIN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN PARTY COMMUNIST CHINA, TANPA MEMIKIRKAN PENGORBANAN VETERAN SEMASA DARURAT DAN FASA INSURGENCY  MENENTANG KOMUNIS BERSENJATA YANG BERKIBLATKAN PARTY COMMUNIST CHINA. MEREKA MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN VETERAN. RIBUAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN KITA TERKORBAN DAN RIBUAN LAGI CACAT ANGGOTA BERKEKALAN AKIBAT MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA. TINDAKAN UMNO DAN MCA INI TELAH MENGHINAKAN VETERAN DAN LANGSUNG TIDAK AMBIL PEDULI JASA- JASA VETERAN. TANPA PENGORBANAAN KITA MEREKA TIDAK AKAN BERADA DITEMPAT SEKARANG.

PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PVATM) PULA YANG KONONYA MEMELIHARA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA VETERAN LANGSUNG SENYAP TIDAK BERANI MUNCUL UNTUK MENASIHATI DAN MEMPROTES KEPADA KERAJAAN PERBUATAN DAN TINDAKAN MEREKA MENSIA SIAKAN PERJUANGAN VETERAN. KEPIMPINAN PVATM GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA MEMPERTAHANAN DAN MENGAWAL MARUAH DAN PERASAAN WARGA VETERAN. SEBALIKNYA PERKASA (PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA) YANG BERSUNGGUH SUNGGUH MEMPERTAHANKAN ANGGOTA VETERAN.

ANEHNYA PEMIMPIN PVATM SEKARANG SIBOK MENGATUR PERHIMPUNAN RAKSAKSA PADA 31 JULY 2017 MENERIMA PRESIDENT UMNO UNTUK MENYOKONG KEPIMPINAN MEREKA. KONONYA ADA BERITA PENTING UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA VETERAN. VETERAN SELALU SAHAJA DIPERMAINKAN KERANA DARI SEJARAH, PEMIMPIN HANYA MENGINGATI VETERAN EMPAT TAHUN SEKALI MENJELANG PILIHAN RAYA KERANA MAHU MERAIH UNDI!

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN WARGA VETERAN SERTA KELUARGA VETERAN DI SIA SIAKAN TETAPI UNTUK MENGHADAPI PILIHAN RAYA VETERAN DIGULA GULAKAN DENGAN PERHIMPUNAN INI.

WAHAI RAKAN SEPERJUANGAN WARGA VETERAN, HARUS FIKIRKAN KITA HANYA TAAT SETIA KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI SUPREME COMMANDER DAN NEGARA, DAN TIDAK PADA PARTY POLITIK YANG MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN KITA. MARILAH KITA MEMPROTEST TINDAKAN BARISAN NASIONAL ITU DENGAN MELAKSANAKAN DUA TANGGUNGJAWAB:

  1. SATU. MEMIKIRKAN SEMULA APA PERLUNYA BERHIMPUN DI STADIUM MELAWATI PADA 31 JULAI 2017.
  2. DUA.BERSAMA KITA PERLIHATKAN PROTES KITA DALAM PRU 14 TERHADAP PARTI PARTI YANG MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PARTY COMMUNIS CHINA YANG MEMBAWA MAKSUD MENGKHIANATI PERJUANGAN ATM TERUTAMA VETERAN. UNDILAH PARTY YANG TIDAK MENGSIA SIAKAN PERJUANGAN KITA SEMASA PRU 14.

DUA TANGGUNGJAWAB INI MUNGKIN BOLIH MENGUBATI SEPARUH DARI KESEDIHAN KITA. AMEEN.

TERIMA KASIH. SAYA AMAT SEDIH PERJUANGAN SAYA MENENTANG KOMUNIS BERSENJATA DAN IDEOLOGY KOMUNIS DARI FEBRUARI 1967 HINGGA 1984 TIDAK DI IKTIRAF KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

PANTANG UNDUR

LT COL ABDUL RASHID OMAR (B)

Leave a Reply