BEBASKAN PERSATUAN VETERAN DARI POLITIK

Artikel kami bertajuk ‘Perhimpunan Raksaksa PVATM/JHEV Sokong PM Najib?’ bertarikh 4 Jun 2017 telah  menanyakan kedudukan Timbalan Presiden PVATM yang dikatakan pernah menjadi calon UMNO/BN pada PRU 13 bagi DUN Kuala Langat, tetapi telah kalah pada calon PKR.

Berikutan maklumat tersebut, kami telah meminta PVATM supaya siasat samada Timbalan Presiden PVATM itu masih aktif dalam politik dan memegang jawatan dalam parti politiknya.

Kami ingin ingatkan pada PVATM bahawa mana-mana persatuan veteran yang berdaftar dengan JHEV melarang ahli-ahli mereka aktif dalam mana-mana parti politik. Sifat berkecuali dari politik (non partisan and apolitical) dikhalangan ahli-ahli penting bagi mengelak perpecahan dalam persatuan akibat kepentingan dan perbezaan fahaman politik dikhalangan ahli-ahli. Jika fahaman politik dibenarkan menular dalam persatuan veteran, maka akan berlakulah situasi dimana ahli-ahli persatuan akan berpuak-puak mengikut fahaman dan sandaran politik masing-masing.

Kami dimaklumkan ramai veteran enggan berdaftar sebagai ahli dengan PVATM atas sebab terdapatnya fahaman politik dikhalangan sebahgian ahli-ahli mereka.  Dan jika benar Timbalan Presiden PVATM itu masih aktif dalam politik, maka tidak salahlah kami katakan ramai veteran enggan menjadi ahli  PVATM atas sebab sedemikian. Menjadi ahli mana-mana parti politik itu tidak salah, tapi mengunakan kedudukan politiknya dalam persatuan untuk memajukan kepentingan politik dirinya itu adalah salah.

Kami sekali lagi memohon kepimpinan PVATM menyiasat kedudukan Timbalan Presiden nya; samada beliau masih aktif dalam politik dan memegang jawatan dalam parti politiknya dan jika benar, kami minta beliau berundur dari jawatannya dalam PVATM.

Jangan hendaknya PVATM dituduh mengengkari peraturan yang terkandung dalam penubuhan persatuan veteran. Dan mahukah JHEV menyiasat sama kedudukan Timbalan Presiden PVATM itu?

 

Leave a Reply