KUASA MEMBUAT GAJI, PENCEN DAN LAIN-LAIN PENTADBIRAN ANGGOTA ATM ADALAH DIBAWAH KUASA MAJLIS ANGKATAN TENTERA DAN BUKAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN, MENTERI PERTAHANAN ATAU PERDANA MENTERI

  1. Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa  Yang Di Pertuan Agong (YDPA) adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
  2. Kuasa YDPA ini tidak dicabar oleh mana-mana  undang-undang,  mahupun Perlembagaan Persekutan itu sendiri. Kuasa ini dilihat sebagai MUTLAK.
  3. Pada Artikel 137 Perlembagaan Persekutuan, mengatakan bahawa Majlis Angkatan Tentera (MAT)  bertanggung jawab terus kepada YDPA dalam hal-hal berikut:  (a) Pemerintahan (b) Pentadbiran dan (c) Disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  4. Pada Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa ATM adalah perkhidmatan yang teratas (senior) diantara semua perkhidmatan awam kerajaan.
  5. Semua jawatan dalam MAT dilantik oleh YDPA, kecuali Pengerusi dan Setiausaha dilantik oleh Perlembagaan Persekutan, manakala wakil Raja-Raja Melayu  di lantik oleh Raja-Raja Melayu sendiri.
  6. Kuasa MAT amat luas dan diperjelaskan dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Kuasa-kuasa tersebut diantara lain adalah: (a) kuasa mengambil anggota (b) kuasa mentauliahkan pegawai (c) kuasa membuat skim/syarat perkhidmatan tentera (d) kuasa membuat gaji (e) kuasa membuat pencen dan lain-lain yang berkenaan dengannya.  MAT berkuasa membuat gaji dan pencen tentera secara RETROSPECTIVE, sebelum dari  Akta Angkatan Tentera 19 72 dibuat. Semua kuasa-kuasa ini dibuat atas arahan YDPA.
  7. Jika dibaca Perlembagaan Persekutaun dengan teliti, Pengerusi dan Setiausaha MAT tidak ada kuasa veto, tapi hanya menjalankan kuasa lazim sebagai Pengerusi dan Setiausaha mesyuarat sahaja.
  8. Berdasarkan wasit Raja-Raja Melayu yang dibuat pada tahun 1957, Raja-Raja Melayu telah meletakan Askar Melayu (ATM) sebagai peniaga tanah tumpah darah orang-orang Melayu. Dan penubuhan Askar Melayu juga adalah kehendak Raja-Raja Melayu, dari awal tahun 1930’an lagi.
  9. Walaupun dalam Artikel 137 Perlembagaan Persekutuan mengatakan ‘kecuali kegunaan operasi ATM’, YDPA tetap Panglima Tertinggi ATM mengatasi Panglima Angkatan Tentera, dan semua ahli-ahli Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) adalah dibawah YDPA secara saluran pemerintahan  (Chain of Command)
  10. Menurut Artikel 139 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak ada JURISDICTION terhadap pentadbiran ATM. Ini bererti Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan tidak ada hak menentukan hal-hal gaji dan pencen ATM. Dalam Akta Pencen dan Akta Penyelarasan Pencen yang digubal oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,  ATM jelas tidak tersenarai sebagai satu ajensi/jabatan dibawah suruhanjaya tersebut.

Berpandukan penerangan dari sudut perundangan diatas, kami rasa amat pelik bagaimana dan kenapa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menentukan hal-hal gaji dan pencen ATM,  hinggakan masalah veteran tidak terbela dan menjadi hina bertahun-tahun lamanya. Adakah ini cara kerajaan menghormati dan membalas pengorbanan veteran?

Leave a Reply