PERKASAKAN MAJLIS ANGKATAN TENTERA

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilapor berkata, ‘bahawa Kementerian Pertahanan mewujudkan makmal perbincangan khas untuk mengenal pasti keadah terbaik secara holistic untuk meringankan kebajikan veteran tentera yang tidak berpencen’.

Beliau juga berkata, ‘kos sara hidup dimasukkan dalam hala tuju Kementrian Pertahanan yang mana kita akan sama-sama tampil membantu veteran tentera. Kita akan memikirkan keadah terbaik supaya masalah dihadapi mereka dapat ditangani’.

Selain dari meningkatkan kebajikan veteran tentera yang tidak berpencen, isu mengenai rumah mampu milik bagi anggota tentera juga dibincangkan.

Kami menjangkakan isi-isu yang disentuh oleh Menteri Pertahanan seperti diatas berkemungkinan akan menjadi bahan ucapan Perdana Menteri pada perhimpunan raksaksa veteran pada 31 Julai 2017 akan datang.

Komen

Isu-isu yang disentuh oleh Menteri Pertahanan itu bukan isu yang baru, malahan isu yang sudah menjadi perbahasan dan tuntutan dikalangan veteran sekian lama, dan juga dikalangan anggota tentera yang masih berkhidmat.

Kengkangan terbesar yang dihadapi oleh Angkatan Tentera dalam memperjuangkan hak anggota mereka berpunca dari ke-engganan kerajaan antara lain, mengiktiraf serta memahami kuasa Majlis Angkatan Tentera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan  Persekutuan.

Jika diamati betul-betul kandungan Majlis Angkatan Tentera dan kuasa yang diberikan pada majlis tersebut, maka umum akan sedar bahawa kerajaan telah melanggar beberapa peruntukan dan dasar yang termaktub dalam majlis tersebut, terutama hal-hal bersangkutan pentadbiran Angkatan Tentera; khusus mengenai penentuan/perkiraan gaji, elaun dan urusan kerjaya anggota tentera.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerajaan melalui jabatan tertentu menjadi penggubal dasar yang akan menentukan hak pemberian gaji dan elaun anggota tentera, yang diselaraskan pula dengan gaji dan elaun pejawat awam. Perbuatan ini nyata salah dari sudut Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pada Majlis Angkatan Tentera untuk menggubal dasar pemberian gaji dan elaun yang bersesuaian bagi anggota tentera. Yang lebih menghaiaran adalah selama ini Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sendiri tidak sedar ujudnya Majlis Angkatan Tentera dengan kuasa begitu luas dalam hal-hal pentadbiran angkatan tentera, atau adakah mereka kurang faham tentang kuasa tersebut, dan lebih berpuashati dengan apa saja yang di peruntukkan oleh kerajaan.

Berdasar kepada perbincangan diatas, maka kami rumuskan bahawa apajua yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri yang menyentuh gaji dan elaun bagi anggota tentera (termasuk veteran) pada Perhimpunan Raksaksa 31 Julai 2017 akan datang adalah tidak sah kerana tidak melalui proses Majlis Angkatan Tentera, seperti yang termaktub dalam  Perlembangaan Persekutan

Keengganan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera memperakuai ‘supremacy’ Majlis Angkatan Tentera, maka  itu lah sebabnya status mereka juga dilihat rendah oleh pihak tertentu dalam perkhidmatan awam. Sekiranya Pemerintah Tertinggi Angakatan Tentera masih enggan memperakuai ‘supremacy’ Majlis Angkatan Tentera, maka tidak hairanlah jika Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada satu ketika nanti akan menguasai segala urusan Angkatan Tentera.

 

Leave a Reply