TEXT LENGKAP KENYATAAN MEDIA YANG TELAH DIBUAT PADA 8HB MARCH 2017

KENYATAAN MEDIA

 MENGENAI PERHIMPUNAN RAKSAKSA YANG DILAPUR AKAN DIADAKAN OLEH PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN ISU-ISU SEMASA YANG BOLEH MENGUGAT KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA

 TUJUAN

Kami adalah veteran yang prihatin terhadap keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara; berkecuali dan tidak berpihak kepada mana mana parti politik; tidakbergabung atau berpayung dengan mana mana persatuan atau pertubuhan veteran ATM,tapi sentiasa prihatin terhadap permasalahan yang di hadapi oleh veteran pada hari ini.

Pada sidang media pagi ini, kami akan menyentuh hanya dua perkara seperti berikut:

 Pertama, komen kami mengenai rancangan mengadakan satu perhimpunan raksaksa melibatkan veteran selurah negara pada bulan Julai tahun ini seperti yang di war warkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM}, dan isu bersangkutan veteran.

 Kedua, komen kami mengenai isu-isu pembangunan yang sedang dan yang akan berlaku dalam negara yang melibatkan syarikat negara asing yang ideologinya amat bertentangan dengan ideology kita.

PERBINCANGAN

PERKARA PERTAMA –ISU  BERSANGKUTAN  PVATM

 Saya ucap terima kasih diatas respon PVATM terhadap komen saya dalam Facebook saya yang telah di viralkan mengenai perhimpunan raksaksa yang dirancang diadakan pada bulan Julai ini.

PVATM tidak boleh menafikan bahawa mereka telah membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan raksaksa pada bulan Julai ini. Pengumuman itu dibuat pada 11hb Februari lalu pada mesyuarat yang di hadiri oleh beberapa persatuan dan pertubuhan veteran ATM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat, kami sudah menyiasat kesahihan maklumat-maklumat sabelum membuat kenyataan. Perkara mengadakan himpunan raksaksa telah dipetik dari Ajenda Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Negeri Kedah yang mengadakan mesyuarat pada 14 Februari 2017. Perhimpunan raksaksa seperti ini pernah diadakan pada 10hb Okt 2010 lalu di Stadium Bukit Jalil dihadiri oleh saorang tokoh politik negara.

Kami mengesorkan supaya PVATM mengingati kembali apakah kandungan ucapan tokoh politik negara itu pada perhimpunan tersebut, bagi melihat samada ucapan tersebut berbentuk politik, atau bertujuan semata mata bagi memaklumkan sesuatu berita baik untuk veteran. Sekiranya ada berita baik, cuba lihat semula samada berita baik itu sudah di realisasikan atau tidak.

Kami katakan di sini bahawa kami tidak membantah perhimpunan yang akan di adakan oleh PVATM itu, tapi akan bantah jika kami lihat perhimpunan tersebut berunsur politik kerana ini amat bertentangnan dengan Akta Veteran 2012, yang mahukan PVATM kekal sebagai sebuah persatuan yang berkecuali politik (apolitical). Kami nak ingatkan bahawa PRU 14 sudah hampir tiba, dan tidak salah bagi sesiapa saja menzahirkan pesepsi bahawa perhimpunan ituadalah satu agenda politikbagi menunjukkan sokongan dan kesetiaan pada parti dan tokoh politik yang akan hadir pada perhimpunan itu nanti.

Tidakkah Timbalan Menteri Pertahanan baru baru ini telah memaklumkan bahawa pemerintah akan mengumuman beberapa ‘berita baik’ untuk veteran; dipercayai pada perhimpunan veteran pada bulan Julai ini. Jangan hendaknya ‘berita baik’ itu sedap dimulut saja, dan janji yang lampau pun tidak terlaksana. Kami juga dapati ahli veteran hanya di ingati apabila pilihanraya menjelma, sasudah tamat pilihan raya segala jangi menjadi “masih dalam kajian”.

Dan kami ingin bertanya, “apakah perlunya saorang tokoh politik membuat pengumuman pada perhimpunan tersebut? Apa salah sekiranya pengumuman tersebut di buat oleh Presiden PVATM sendiri?”. Jika pengumuman itu dilakukan oleh Presiden PVATM sendiri, maka sudah tentunya, tindakan beliau itu akan melihatkan imej PVATM sebagi persatuan berkecuali politik, dan kedudukan Presiden itu sendiri dilihat kukuh dan bebas dari pengaruh politik.

Sekarang terdapat lebih dari 100 persatuan veteran termasuk PVATM sendiri yang bebas berpersatuan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ramai telah menyoal apa perlunya veteran mempunyai persatuan yang begitu banyak? Bukankah lebih baik jika semua persatuan veteran dapat disatukan, dan jika disatukan, bukan kah persatuan akan menjadi lebih kuat?

Bagi kami, kesukaran mendapatkan kesatuan dikhalangan persatuan persatuan veteran adalah punca mengapa veteran selama ini berada dalam keadaan yang tidak menentu, dan segala tuntutan mereka sukar mendapat perhatian pemerintah. Tanpa kesatuan yang kukuh, selagi itulah veteran akan merasa terpinggir.Maka adalah menjadi tugas utama bagi semua persatuan bersatu jika mahukan tuntutan mereka di dengar dan di ambil tindakan oleh pehak pehak yang berwajib.

PVATM sekarang dilihat sebagai satu persatuan yang terbesar dikhalangan persatuan persatuan veteran yang lain. Tetapi status nya mengikut Akta Veteran 2012 meletakkan PVATM setaraf dengan persatuan persatuan veteran yang lain. Dalam situasi sedemikian, segala keputusan yang menyentuh hal-hal veteran yang dibuat oleh PVATM dalam mana jua persidangan adalah keputusan ‘unilateral’ dan tidak boleh diterima sebagai satu keputusan merangkumi suara semua persatuan veteran. Ini adalah satu lagi anomaly yang serius dalam persatuan veteran yang perlu di lihat dan di kaji secara holistic, sekiranya persatuan veteran mahu suara mereka didengar oleh pehak pehak berwajib.

Persatuan persatuan veteran boleh melaungkan apa saja, tapi tanpa kesatuan yang besar, kukuh dan bermaufakat, percayalah laungan itu tidak akan didengar dan diambil perhatian serius oleh pemerintah.

PERKARA KEDUA – ISU ISU KESELAMATAN, PERTAHANAN DAN KEDAULATAN NEGARA

 Tajuk mengenai keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara ini adalah perkara serius, tetapi kami ingin membawa perkara ini kemuka majlis, kerana ianya berkaitan dengan lipatan sejarah, dan tajuk ini amat membimbangankan kami dan tidak boleh dikompromikan.

Jangan kita lalai dengan apa yang berlaku di persekitaran kita sekarang, dan bilamana berlaku sesuatu, kita tidak ada sebarang jawapan bagi menangani nya. Liputan sejarah telah mengajar kita bahawa sebahgian negara kita pernah di jajah; bermula dengan Belanda, diikuti dengan Portugis, disusuli pula dengan British dan buat sekitika oleh Jepun dan British semula yang berakhir pada 31 Ogos 1957. Ini fakta, dan mereka menjajah kita pada ketika itu dengan kekuatan tentera mereka.

Kami yang prihatin ini sentiasa mengikuti perkembangan politik Negara. Apa yang sedang berlaku sekarang, khusnysnya dari perspektif keselamatan, pertahanan dan kedaulatan Negara amat mengusarkan kami. Kita perlu di ingatkan pada peranan veteran dalam perihal keselamatan dan pertahanan negara, terutama pembabitan veteran pada zaman darurat pertama, konfrontasi dan zaman darurat kedua, yang berahkir pada tahun 1989.Ramai yang terkorban, ramai yang cedera dan ramai juga yang hilang sebahgian dari tubuh anggota mereka, dan kaminak tanya pula…..”mereka ini berkorban untuk siapa dan untuk apa?” Kami ingin tegaskan bahawa kami tidak mahu lagi pengaruh dan ideoloji alien bertapak di negara ini yang berselindung disebalik pembangunan (cloak of economic pursuit). Jika dahulunya penjajah datang mengunakan kekuatan tentera mereka, tetapi di alaf baru ini, penjajah datang dengan menggunakan kekayaan dan kekuatan ekonomi mereka.

Bermula dari termeterinya Perjanjian Perletakkan Senjata diantara kerajaan dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989, maka mulalah rakyat negara ini dapat mengecapi kebebasan, keamanan dan keselamatan. Dan pihak manakah yang telah berkorban memberikan kebebasan, keamanan dan keselamatan pada negara ini? Sudah tentunya mereka mereka yang berada bersama kami hari ini, dan mereka yang sudah dahulu meninggalkan kami.

Ini yang perlu kami ingatkan kepada mesyarakat supaya tidak lalai dan lupa akan pengorbanan veteran. Kami lihat inilah yang sedang berlaku sekarang dan kami nak tanya,“dimana dan bagaimanakah kedudukan veteran sekarang?” Tidakkah pemerintah tahu bahawa bilamana saorang perajurit tamat perkhidmatanya, ramai dari mereka akan berada bawah dari paras kemiskinan. Ini satu reality dan bukan cakap kosong.

 Sekarang, lihatlah apa yang telah berlaku pada Pengkalan TUDM Sg. Besi yang mempunyai sejarahnya tersendiri, dan menjadi kenangan manis kepada ramai anggota TUDM? Kalau perkara ini terus berlaku tanpa kita melihat secara holistic terhadap implikasi nya kepada keselamatan, pertahanan dan kadaulatan negara, maka tidak hairanlah sekiranya lain lain hartanah ATM akan dijual dan menjadi milik orang lain.

Kami tidak akan menyoal sekiranya hartanah yang telah di peruntukkan kepada ATM di bangunkan untuk kepentingan rakyat sendiri. Tapi kami akan menyoal sekiranya hartanah ATM dijual sebahgian atau keseluruhan kepada negara asing ‘under the veil of economic development’, dan sekira ini berlaku, kami kuatir akan berlaku acaman keselamatan pada negara pada satu hari nanti, dan sudahkah pemerintah bersedia selamatkan negera.

Kami meminta supaya kita jangan terlalu ghairah menjual sebahgian hartanah negara kepada syarikat negara asing, terutama kepada syarikat negara asing yang pernah dalam liputan sejarah kita menjadi sekutu kepada Parti Komunis Malaya yang kami tentangani. Adakah kita semua merasa selamat dan yakin bahawa kerjasama dengan negara asing tersebut akan memberikan pulangan terbaik pada negara dan tidak mendatangkan ancaman keselamatan?

Selain dari itu, kami dimaklumkan bahawa syarikat dari negara asing yang sama diberi peluang membangunkan perlabuhan Melaka dan Kuantan atas alasan memajukan ‘commercial shipping’, dan juga keretapi laju dari pantai timur ke pantai barat dengan kos ribuan juta. Kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin politik yang memerintah, dan tersebar luas di media massa mengatakan dengan megah bahawa semua projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.Dan jika benarlah perlabuhan Melaka dan Kuantan akan di perbesarkan oleh syarikat negara asing, orang akan bertanya, (1) untuk tujuan apa di perbesarkan; (2) siapa yang akan mengawal dan mengurus projek tersebut; (3) adakah syarikat tempatan dapat bersama memajukan projek tersebut, dan lain lain pertanyaan lagi.

Tidak kah kita terfikir dengan berlakunya pembesaran perlabuhan Melaka dan Kuantan, ianya akan menjadi pemangkin kepada rebuatan kuasa bagi kuasa kuasa besar terhadap Selat Melaka dan Lautan Cina? Oleh kerana pembesaran kedua dua perlabuhan itu dilaksanakan oleh syarikat dari negara asing, tidak kah kita terfikir kemungkinan Tentera Laut negara asing tersebut boleh juga menggunakan kemudahan di kedua dua perlabuhan tersebut?

Soalan nya, dari mana dan bagaimana segala kos mega projek ini di biayai? Dan kami juga ingin tahu apakah terma terma pinjaman dan bayaran balik, kerana ini ada kesan langsung pada rakyat. Oleh kerana projek projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat dari negara asing itu tidak di bahaskan dalam parlimen, atau disebarkan pada rakyat, maka rakyat berada dalam kegelapan mengenai hal ini.

Disini, kami ingin mempersoalkan samada semua projek yang sudah atau akan diberikan kepada syarikat negara asing itu telah melalui pertimbangan keselamatan dan pertahanan negara atau tidak? Pernah kah ajensi keselamatan dan pertahanan negara, khususnya ATM dan PDRM terlibat dalam membincangkan implikasinya terhadap keselamatan dan pertahanan negara bilamana syarikat negara asing diberikan projek projek tersebut? Apakah kesan jangka pendek dan panjang terhadap keselamatan dan pertahanan bilamana syarikat negara asing yang ideologinya jauh berbeza dari kita, akan terus diberi peluang menyelanggarakan projek projek tersebut bila siap?

Dengan kebanjiran rakyat dari negara asing yang sudah pun memiliki hartanah dinegara ini dan mula bermastautin di sini, tidakkah akan berlaku pada satu ketika nanti, satu keadaan dimana negara akan menghadapi ketidak keseimbangan profil kaum dinegara ini? Apakah jaminin yang boleh diberikan oleh pemerintah bahawa ketidak keseimbangan profil kaum yang mungkin berlaku tidak akan menjejas keselamatan negara? Inilah satu persolan getir yang dirasai dikhalangan veteran.

Kami kagum dengan pembangunan yang berlaku di Forest City di Johor yang telah meletakan Johor sebagai negeri termaju dalam pembangunan hartanah berskala tinggi. Tapi, persoalan nya, siapakah dikhalangan rakyat kita yang mampu memiliki hartanah tersebut, dan siapa pula akan menjadi penghuni terbesar di kawasan tersebut? Saya tidak menyoal kebebasan pemilikan hartanah tersebut, tapi menyoal impak pemilikan hartanah tersebut selepas beberapa tahun akan datang.

Suka kami ingatkan sekali lagi bahawa negara mempunyai sejarah hitam melawan Parti Komunis Malaya (PKM) selama hampir 40 tahun yang disokong oleh sebuah negara asing yang berideologi asing dari kita. Kami difahamkan bahawa saki baki PKM masih ada diluar dan didalam negara, dan tidak kah kita mencurigai dan terfikir bahawa mereka ini boleh di resapi semula dengan idologi asing itu untuk memulakan gerakan mengancam keselamatan dan pertahanan negara? Dan jika berlaku situasi itu, adakah kita sudah benar benar bersedia?

 PENUTUP

Ahkir kata, kami ingin mengulangi bahawa Kenyataan Media ini di buat untuk, Yang Pertama, bagi memperingatkan kepada kami semua bahawa kewujudan persatuan persatuan veteran adalah bagi menjaga kepentingan kebajikan veteran dan tidak sekali kali dilihat sebagai alat kepada pemimpin dan parti politik tertentu. Sungguh pun kami semua sudah lama menaggalkan uniform kami dan kini digelar veteran, tapi kami tetap akur dan masih berpegang teguh pada ikrar kami yang dilafazkan semasa dalam perkhidmatan iaitu, TAAT SETIA KEPADA DYMM YDP AGONG SEBAGAI PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN KEPADA NEGARA.

Yang Kedua, kami ingin ingatkan kepada kita semua supaya tidak lalai dan terlalu ghairah dengan soal pembangunan bersama negara asing yang berideologi alien dari kita, dan sentiasa peka akan implikasi dan impaknya terhadap keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara bila ribuan rakyat dari negara asing mula memiliki hartanah dan bermastautin di negara ini.

Kami menjemput para hadirin sekalian berfikirlah apa akan berlaku pada cucu cicit kita 20 ke 50 tahun akan datang jika kita lalai melihat jauh terhadap apa yang akan berlaku akibat keghairahan kita membangunkan negara bersama syarikat negara asing yang berlainan ideologi dengan kita dan membiarkan mereka bermastautin buat selama lamanya dinegara kita ini.

Kami juga ingin mengingatkan tentang apa yang sudah berlaku pada beberapa negara di Afrika akibat mereka yang dahulunya terlalu ghairah mahukan pembangunan, dan menyerahkan pembiayaan dan pembangunan projek projek kepada sebuah negara asing yang sama. Kita harus juga mengambil pelajaran apa yang berlaku dan dialami oleh Sri Lanka dewasa ini.

Ahkir kata, kami veteran yang masih ada, dan lain lain yang telah tiada bersama kami ingin menegaskan bahawa kami telah berjuang selama hampir 40 tahun untuk memberikan keamanan pada negara ini, dan akibat keamanan ini lah,maka negara dapat dimajukan dengan pesat selepas tahun 1989. Maka janganlah hendaknya keselamatan, keamanan dan kedaulatan itu disiasiakan sekarang atas alasan pembangunan negara, dan dengan mudah menyerahkan pula segala projek projek kepada syarikat negara asing yang ideologi mereka amat bertentangan dengan negara kita, dan ideologi yang telah kami tentang habis habisan dulu.

Tarikh:    8hb Mac 2017

Penyampai:  Brig Jen Dato Mohd Arshad Raji (Bersara)

 

 

 

 

Leave a Reply