PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN TETAP SETIA PADA RAJA DAN NEGARA

Apa yang menjadi penyebab mengapa UMNO, MCA dan kerajaan pimpinan Najib masih berdiam diri terhadap bantahan beberapa NGO dan Persatuan Veteran ATM yang mahukan kedua dua parti BN itu memutuskan hubungan parti mereka dengan Parti Komunis China (PKC).

Baru baru ini sebuah Persatuan Veteran ATM di utara semenanjung telah membuat lapuran polis yang mendesak supaya pihak polis menjalankan siasatan keatas UMNO dan MCA, bagi mengenalpasti samada hubungan kedua dua parti BN tersebut dengan PKC  melanggar undang undang negara sedia ada yang mengharamkan  mana mana pihak; persatuan, pertubuhan atau NGO menjalin hubungan dengan persatuan, pertubuhan atau NGO yang berunsurkan ideology komunisme.

Pernah satu ketika dahulu, iaitu pada zaman Darurat Pertama Malaya dan ketika kebangkitan semula ancaman PKM selepas peristiwa 13 Mei, 1969, negara telah mengharamkan PKM, dan dengan pengharaman tersebut, maka semua kaitan dengan komunisme turut di haramkan, kecuali hubungan diplomatik negara dengan kerajaan China.

Perlu diingat ketika  negara menentang ancaman komunis PKM yang berlautan hampir 40 tahun lamanya, PKM telah mendapat sokongan dari PKC. Rakyat kini mungkin telah lupa (atau buat buat lupa) akan pengorbanan veteran ATM dan PDRM dalam perjuangan menentang PKM selama 40 tahun itu yang berahkir dengan kemenangan bagi pihak negara dan rakyat pada tahun 1989. Jadi tidak salah bagi kami mengatakan bahawa mereka yang lahir selepas tahun 1989 memang jahil tenteng pengorbanan veteran ATM dan PDRM, tetapi gulungan ini perlu di ingatkan bahawa ancaman komunisme sentiasa segar untuk meresapi mereka mereka yang jahil akan perjuangan PKC yang berfahaman komunisme.

Dengan adanya hubungan UMNO dan MCA dengan PKC, maka boleh lah di katakan bahawa pintu kemasukkan ideology komunisme sudah luas terbuka, untuk sedia mempengaruhi minda anak muda negara ini kepada fahaman komunisme.  Dan tidak kah ini akan  menjadi ancaman yang akan memudharatkan  negara? Dan apakah kebaikan dan kepentingan yang akan di perolihi oleh UMNO dan MCA dalam hubungan mereka dengan PKC? Dan adakah UMNO dan MCA anggap bahawa ideology komunisme tajaan PKC itu baik untuk negara yang boleh menghasilkan kemajuan?

Yang menjadi persoalan besar pada veteran sekarang ialah – (1) Adakah pihak ATM dan PDRM merestui tindakan UMNO dan MCA itu?  (2) Tidakkah ada satu penyelidikan/kajian menyeluruh dibuat olih ajensi keselamatan dan perisikan negara yang boleh menjamin bahawa negara dan rakyat selamat dari pengaruh komunisme tajaan PKC? (3) Adakah dengan hubungan UMNO dan MCA dengan PKC, maka pengharaman kerajaan terhadap PKM dahulu, dan apa apa jua bentuk fahaman komunisme di negara ini sudah di tarikbalik dan dihalalkan? (4) Dan jika DAP (yang dikatakan oleh UMNO sebagai parti berfahaman kiri) mahukan debu mayat Chin Peng di semadikan di kampung kelahirannya di Perak, boleh kah permintaan ini di luluskan oleh kerajaan? (5) Dan sanggupkah UMNO dan MCA membuat permohonan yang sama, dan sanggupkah kerajaan meluluskannya?

Di atas kesedaran Persatuan Patriot Kebangsaan yang sependirian pendapat dengan pihak pihak yang telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap tindakan UMNO dan MCA itu, maka Persatuan Patriot Kebangsaan akan turut membuat laporan polis dalam waktu terdekat ini.

Veteran ATM dan PDRM tetap akan taat setia pada Raja dan Negara, dan tidak sekali kali membenarkan ideology komunisme menular kedalam masyarakat negara ini.

Leave a Reply