PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – MENGAPA KAMU TAK BERSUARA?

Tempoh hari veteran veteran ATM telah di gegarkan dengan berita bahawa MCA, iaitu rakan sekutu dalam Barisan National telah menjalin hubungan parti ke parti dengan Communist Party of China (CPC). Tindakan ini telah mendapat bantahan dari NGO Perkasa, dan beberapa Persatuan Veteran ATM telah membuat laporan polis mengenai hal ini terhadap MCA.

Dalam waktu yang sama, UMNO juga telah mengadakan hubungan parti ke parti dengan CPC; iaitu lebih awal dari MCA. Ada juga berita yang mengatakan bahawa UMNO pernah mengundang wakil dari CPC ke Persidangan Tahunan UMNO.

Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) menganggap tindakan UMNO dan MCA menjalinkan hubungan dengan CPC sebagai sesuatu yang tidak sensitif terhadap perjuangan veteran (Tentera dan Polis) yang telah berjuang menghapuskan ancaman keganasan  Parti Kommunis Malaya (PKM) terhadap negara dan rakyat. Dalam operasi melawan PKM yang berlarutan hampir 40 tahun lamanya (Darurat Pertama dan Peperangan melawan Insurgensi) ramai anggota tentera dan polis telah terkorban dan pada ketika itu, CPC lah penyokong kuat PKM, dan pengorbanan mereka ini sekarang dipersia siakan oleh UMNO dan MCA. Kami boleh katakan bahawa tindakan UMNO dan MCA itu menderhakai negara dan rakyat yang telah memperakui parti kommunis sebagai parti musuh negara yang diharamkan.

PPK hairan bahawa Persatuan Veteran Aangkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang dikatakan mempunyai ahli seramai hampir 300,00 ribu berdiam diri dan sepi dalam hal ini, seolah olah mereka tidak mengindahkan ramai dari ahli mereka juga telah terlibat dalam operasi menentang PKM semasa mereka dalam perkhidmatan. PVATM perlu ingat bahawa bukan kerana pengorbanan veteran ATM dan polis, tak mungkin negara akan dapat mengecapi keamanan dan keselamatan hingga ke hari ini.

PPK kini mendesak PVATM mengatakan pendirian mereka dalam hal ini, dan tegas dalam mengatakan bahawa tindakan UMNO dan MCA menjalin hubungan dengan CPC itu satu penderhakaan pada negara dan rakyat yang menaruh penuh keyakinan terhadap ATM dan PDRM bagi menetukankan keselamatan dan keamanan negara kekal terjamin.

One Reply to “PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – MENGAPA KAMU TAK BERSUARA?”

  1. Kerajaan Malaysia perlu sensitif sebagai satu penghormatan kepada jasa jasa wira wira negara serta nenghargai perjuangan jiwa raga dan tenaga untuk tanah air tercinta Malaysia. Persoalan kini “MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MELUPAKAN PERJUANGAN, APA GUNANYA MERAYAKAN HARI PAHLAWAN, APA GUNANYA TUGU NEGARA, kalau hanya untuk catatan sejarah masa yang berlalu. JIWA PATRIOTIK sudah hilang dari jiwa pemerintah yang melihat pembangunaan lebih utama dari pengorbanan perwira negara.

Leave a Reply